Bekas presiden Pekartun iaitu kartunis yang disegani ramai, Haji Zainal Buang Hussein adalah diantara pelopor majalah Gila-Gila terbitan kumpulan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) dan banyak menghasilkan ilustrasi kulit majalah tersebut di awal pembabitannya. Beliau juga turut menghasilkan kartun 'Kutu' bagi akhbar Utusan Malaysia untuk beberapa tahun secara bersiri hingga menjadi kompilasi terbaik beliau. Beberapa novel kreatif juga pernah dihasilkannya. Kini, Haji Zainal Buang Hussein bakal kembali beraksi dengan novel grafiknya 'Gundah'. Karya Haji Zainal sudah pastinya dinanti-nantikan peminat dunia kartun tanahair. Lorekan halus disetiap karya hasil tangan Haji Zainal dalam kartun mahupun karikatur buat ramai peminat serta rakan seperjuangan terpegun setiap kali melihatnya. Dari situ dapat dilihat betapa telitinya Haji Zainal apabila menyiapkan sesuatu yang bakal dipertonton kepada pembaca. Selain melukis kartun, karikatur, ilustrasi dan menulis novel, Haji Zainal juga merupakan seorang pelukis catan. Menjengah ke rumah beliau pada pertengahan tahun 2006 membuatkan aku rasa seperti ke sebuah galeri. Di dinding ruang tamu rumahnya dipenuhi lukisan-lukisan yang cukup indah. Bila dihayati ternyata Haji Zainal merupakan seorang yang amat mementingkan kualiti pada setiap karyanya. Tidak hairanlah jika segala hasil kerja Haji Zainal masih diminati, diingati dan digilai hingga kini kerana kualiti dan ketelitiannya. Sama-sama kita nantikan kemunculan 'Gundah' dipasaran kelak.
Friday, April 13, 2007
Bicara Kartun:
Percaya atau tidak, animasi tempatan telah diterima di peringkat antrabangsa? Laporan MCDeC telah pun disiarkan melalui akhbar. Ini menandakan kartun dan animasi sentuhan tempatan tidak kurang hebat, lihatlah anugerah yang diperoleh oleh animasi Saladin.
Zainal Buang Hussin, seorang kartunis tersohor (bekas Presiden Pekartun) teah kembali berkarya dengan novel grafiknya, Gundah. Berikut ialah posting Jonos di Ali Ba Ta Duniaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment