Thursday, December 25, 2008

BICARA KOMIK: MELABUH TIRAI

Salam muhibbah, dalam masa beberapa hari lagi tirai akan dilabuh dan fajar baru akan menjelang di tahun 2009. Fuhh berkurun lamanya tidak membicarakan tentang perkembangan komik mutakhir ini. Macam-macam ada dan macam-macam berlaku di sepanjang tahun 2008 ini. Ada kenangan manis dan kenangan pahit, sewaktu kegawatan ekonomi dunia. Minyak naik dan diikuti harga barangan mentah dan produk siap meningkat. Kegawatan ekonomi turun memberikan kesan ke atas kuasa membeli produk komik bagi pencenta-pencenta komik. Sayugia dimaklumkan, pertamanya event yang agak menarik di hujung tahun ini ialah Comic Fiesta 2008 yang diadakan di Sunway Piramid. Iannya berlangsung selama 2 hari dari hari Sabtu (21 Disember hingga ke 22 Disember 2008. Kesan langsung hasil dari pesta ini ialah kunjungan pengunjung telah bertambah dan juga produk-produk komik dan manga tempatan turut diperaga dan dijual untuk umum. Kedua, perkembangan yang agak memberangsangkan lahirnya bakat-bakat baru dalam bidang komik meskipun terdapat pengaruh manga. Namun usaha mereka ini harus disokong dan dalam jangka masa 10 tahun apabila mereka semakin matang, mereka secara positifnya akan menghasilkan komik atau manga berwajah Malaysia. Ketiga, selepas event ini, Mesyuarat Tahunan PEKOMIK Kali ke 2, akan dijalankan di KL Sentral, MDEC Convention Room pada hari Sabtu, 27 Disember 2008. Apabila tirai dilabuh, fajar baru akan menyinsing dan membawa harapan baru kepada pelukis komik, kerana Komik M telah bersedia untuk menerbitkan komik-komik baru. Selamat tahun baru 2009

No comments: