Thursday, January 26, 2006
Bicara Komix: Dari Akhbar ke Majalah
Majalah Bambino pertama kali terbit ketika saya masih di Tingkatan 4 dengan tandaharga 60 senaskah. Saya mula melihat majalah kanak-kanak ini ketika berulang alik ke kedai buku Ustaz Pak Hitam. Saiz majalah ini ketika itu sama saiznya dengan komik kartun Beano dan Dandy yang diimport dari UK. Saya masih ingat isu pertama majalah itu menggunakan khidmat pelukis Rosdin. Antara penyumbang komik dan kartun di dalam majalah kanak-kanak yang berorientasikan pendidikan ialah ialah Razali MHO, Rosdin, JunHairi, Othman Haji Zainuddin. Watak Bambino dihasilkan oleh Rosdin, begitu juga watak Rina amat berkesan sekali dihati pembaca ketika itu. Kulisan Rosdin amat dinenali dengan teknik cat air yang dicampur dengan media lain seperti pensel warna dan dakwat. Bentuk kerawang ukiran Melayu sebagai trademark beliau dijadikan background karya beliau.
Kartun yang membuat saya ketawa terbahak-bahak ialah yang berjudul Spy Leman, saya telah melupai nama pelukis asal kartun ini. Kalau tidak silap saya pekatun itu menggunakan nama Rashalea. Dan kalau saya silap tidak juga, saya pernah terpandang dan terbaca judul yang sama. Kartun ini dilukis oleh Taugeh dengan senario yang berlainan. Bambino selepas isu ke 4, mendapat pelukis muda dan berwibawa. Namanya pernah saya sebut dalam entri-entri yang lalu. Tidak lain tidak bukan, ialah Suhaimee Salleh yang ketika itu pelajar jurusan Kajian Seni Lukis dengan ITM. Stroke nya sangat kemas dan detail berjaya menambat hati pembaca. Karyanya yang masterpiece ialah Anak Raja Gondang yang diangkat dari cerita rakyat.
Kemudian lahir pula RINA sebuah majalah komik yang berorientasikan remaja. Suhaime menjadi pelukis tetap dengan siri Rina dan Seri Mega yang bercorak fantasi memang mengasyikkan. Ketika adik beliau belajar dikelas saya setelah dibenarkan mengulang mengambil MCE. Cerita Rina dilukis selalu bertukar pelukis dari Suhaime ke Azman Yusof dan akhir sekali ke Nik Nordin. Suhaime Salleh meninggalkan Suarasa dengan menubuhkan Penerbitan Anggerik untuk menerbitkan Sri Mega. Adiknya pula selalu menunjukkan komik yang diterbitkan oleh Syarikat Suarasa itu kepada saya.
Nik Nordin kemudian meneruskan melukis watak Bambino yang ditinggalkan oleh Rosdin. Ketika diTingkatan 6, saya bernasib baik membaca secara percuma majalah berorientasikan Medan Pelajar yang diterbitkan Suarasa. Adik Fatah Ngah iaitu A. Manan membawa majalah itu ke bilik saya di asrama. Saya menukarkan komik yang saya lukis yang tidak seberapa kepadanya. Adik kepada Bambino Anak Rusa Nani lahir dengan beberapa keluaran sahaja.
Medan Pelajar, Bambino dan Rina berkubur setelah Suarasa berpecah. Lahir pula majalah Salina dan Bujal. Ha Hu Hum berbentuk lawak pun turut lahir. Rejabhad, Rossem dan kartunis-kartunis adalah pedokong-pedokong Ha Hu Hum. S.Zain pula menerbitkan majalah kartun Jenakarama. Penerbitan majalah kartun seperti itu barangkali untuk mengimbangi Beano dan Dandy. MAD sudah lama berada dipasaran. Gelombang baru lawak ala MAD pun bermula dengan penerbitan majalah Gila-Gila dan Gelihati. Nama-nama pedokong kedua majalah lawak ini telah saya sebut di awal entri saya. Maaaflah, kalau pembaca merasa tulisan saya berulang-ulang cerita yang sama. Nan telah memulakan karier sebagai kartunis dan ilustrator dengan majalah KANCIL yang dikendalikan oleh Ignatius Dev Anand. Selepas KANCIL berkubur, barulah dia bersama dengan Gila-Gila.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment