Sunday, January 22, 2006
Bicara Komix: Merealisasikan Impian Generasi Baru Komik Malaysia
Kelmarin sudah selesai satu Bengkel Storyboard dan Hakcipta Komik Malaysia yang julung-julung kali di adakan di ibu kota. Meskipun penulis tidak dapat menghadiri, penulis mengharapkan bengkel yang dikendalikan oleh PTS Millennia-Pergh ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada penggiat komik mengenai hak di atas karya mereka. Syabas diucapkan kepada pihak PTS dan pengendali-pengendali slot bengkel tersebut. Apa-apa pun, selepas bengkel ini penggiat-penggiat komik boleh bernafas lega setelah mendengar penerangan yang cukup jelas dari pengendali-pengendali bengkel tersebut.
Penulis sentiasa mengikuti perkembangan dari jauh dan seringkali menjenguk ke alam siber untuk mendapat info dari kawan-kawan. Saudara Jonos yang kerap melawat blog saya sering memyuarakan dikotak teriakan saya. Saudara Waverider pun sering bertanyakan berita mengenai perkembangan komik di sini. Semalam baru bersembang dengan Waverider. Sembang mencakupi kehidupan dan komik yang berkotak-kotak yang dikumpulnya. Semalam dia memberitahu hendak berpindah rumah dan dia menawarkan untuk mengirimkan komik-komik US yang dikumpulnya. Kalau dia mengeposkan komik-komik itu ke sini, alamatnya banyaklah dia terpaksa mengeluarkan wang pos dan kiriman.
Pertama kali membuat panggilan kepada Saudara Panaharjuna sebaik sahaja menerima pesanan ringkas dari beliau. Panggilan di sambut dengan nada ceria dari seorang sahabat Pergh yang tidak pernah saya bersua. Saya pun cukup gembira berbual dengannya mengenai dunia penulisan dan komik. Terus terang saya mengkagumi tulisan beliau. Pantaslah kalau Puan Ainon mengamanahkan beliau membimbing penulis-penulis muda dari Kelab Penulis PTS.
Sejak mula persekolahan ini, masa jadual agak ketat dan sedikit kenkangan untuk saya mengemaskini skrip. Saya banyak berterima kasih kepada Saudara Kromosom dan Saudara MF Ajif Alyridura kerana banyak membantu saya dalam projek PA itu. Dalam kesibukan mereka dengan tugas harian di tempat kerja, mereka sempat menjenguk ke pergh dot com memberikan tutorial dan tips. Sekarang ini sangat mudah untuk berhubung, tidak macam zaman 'kami' dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment