Karnival Buku Terengganu, yang berlangsung selama 24 hingga 29 Julai 2006 terasa sepi macam Laman Seni di Jalan Tun Razak. Saya sempat pergi ke Stadium Negeri itu 3 kali untuk meninjau( sebenarnya mengumpul semula koleksi kartun lama CESB).
Barangkali tidak ada apa yang saya hendak tulis untuk entri kali ini. Koleksi kartun zaman kegemilangan allahyarham Rejabhad, Reggie Lee, Ujang, Boy PJ dan Grup GG, Fatah Ngah, Lee Inas, Asan nampaknya masih lagi dijual. Masih lagi relevan untuk dibaca dan saya masih tersenyum simpul membaca coretan Mansasau Minah Leter dan Lat di bahagian prakata buku-buku kompilasi kartun kartunis-kartunis itu. Kaunter Creative Corner cawangan Kuantan hanya mempamerkan novel-novel terbitan CESB dengan potongan harga dari 20 % hingga 30%. Manakala kompilasi buku-buku kartun pada 50%. Kopak juga saya sebelah tangan. Cuma gak terkilan, kompilasi kartun Don, Pendekar Mate Tiga dan Dan Din Don tidak ada lagi dalam jualan. Buku-buku kartun allahyarham Rejabhad PMG dan Selendang Rugayah, koleksi Ujang dan Aca oleh Ujang dan karya kartunis seperti Ambo, Kulat, Cik Li, Ramzahurin masih lagi segar walaupun sebahagian besar kertas-kertas kompilasi buku-buku sudah pun naik kuning. Fuhhhhhhh.
Saturday, July 29, 2006
Tuesday, July 25, 2006
Bicara Komix: Kolobrorasi
Dua tiga hari yang lepas, seorang sahabat yang jauh lebih muda dari usia saya meninggalkan pesanan di peti suara blog saya. Seorang penggiat komik dan sekali gus menjadi ilustrator SKK, seorang jurutera muda yang amat meminati komik dan kartun dan pernah mengeluarkan zinenya sendiri. Kalau dilihatkan dari lakaran-lakaran awalnya saya cuba mengimbau kembali sejarah seorang pelukis dan kartunis- Ujang, di zaman Gila-Gila. Lukisannya simple dan strokenya amat diminati oleh remaja masa itu. Saya berpendapat, approach dan gaya lakaran dan dan stroke jurutera muda boleh pergi lebih jauh. Dan, saya melihat kesungguhan itu melalui SKK1 dan perubahan-perubahan itu berlaku sedikit demi sedikit. Hari Sabtu yang lalu, kartunnya disiarkan dalam slot SENDAL di harian Kosmo! Pelukis ini sedang berada di kejaran masa menyiapkan ilustrasi dan komik untuk SKK2, karya Ahmad Zafran Mutalib.
Ujang yang berkoloborasi dengan Aie menghasilkan karya "bestseller" sewaktu berada di bawah bumbung Kharisma Publications, berjaya memukau pembaca dengan jalan cerita yang berkesan. Nuriazam Ismail pula dengan karya mereka terbaru bersama S. Iskandar - Ku Takluki Angkasa Dengan Roket Gabus. Difahamkan, Nurie akan berkoloborasi dengan Madstone. Check it out, soon.
Sunday, July 09, 2006
Bicara Komix: Komik Lama
Syukur dalam demam dan retorik bola sepak yang bertaraf dunia World Cup Fifa 2006 telah pun tamat. Penulis tidak boleh hendak mengulas panjang sebab penulis tidak begitu arif pasal bola sepak, kakibangku lah dikatakan.
Dalam bicara komix kali ini, penulis ingin mengimbau nostalgia pengumpul komik Melayu lama. Alangkah bertuahnya kalau ada individu atau pihak swasta tampil untuk berkongsi bersama mengenai koleksi komik-komik Melayu dari tahun 1960an hingga ke 1990an. Usaha tersebut telah berjaya dilaksanakan oleh arwah Pak Rejabhad. Dikatakan banyak koleksi komik-komik Melayu dan majalah Filem Melayu. Khazanah terebut sebenarnya boleh dijadikan bahan sejarah dan rujukan kepada pekomik-kartunis generasi sekarang dan akan datang.
Ramai pengkumpul komik masih mempunyai komik-komik mereka dan ada koleksi mereka masih disimpan dengan baik. Ada pula sudah "hilang" dan sudah dimakan oleh anai-anai. Sayang sekali, komik-komik koleksi penulis telah hilang. Dimanakah ku ingin cari ganti?
Di antara puluhan pekomik-pekomik yang bergiat cergas dari tahun 196oan hingga 1990an, yang paling penulis ingat karyanya ialah Halim Teh dengan siri Keris Berpuaka yang diterbitkan oleh Sinaran Bros. Alias Kulup atau Sailawati pun banyak juga berkarya, tetapi penulis tidak mengingati suatu pun karyanya. Penerbitan komik oleh Sinaran Bros kemudiannya diambil alih oleh Penerbitan Solo di Geylang, Singapura. Komik-komik terbitan syarikat ini didominasikan oleh S.Zain. Pun begitu, Penerbit Buku Fargoes, mengambilalih dengan membawa masuk komik-komik Indonesia. Fargoes, waktu itu amat terkenal sebagai pembekal buku-buku perpustakaan kanak-kanak. Buku-buku terjemahan Enid Blyton seperti Secret Seven , Famous Five dan siri Nancy Drew dan Hardy Boys menjadi buku kegemaran ramai.
Kekuatan yang ada pada pelukis komik S.Zain ialah story telling dan strokenya. Barangkali S.Zain banyak membuat rujukan melalui bacaan buku-buku dari luar negara. Strokenya cukup memberi kesan. Mood yang sering ditampilkan dalam komik-komiknya ala thriller. Cerita yang meninggalkan kesan kepada penulis ialah Dosaku yang mengisahkan dua beradik kembar seiras. Kemelut perebutan harta warisan datuk mereka dan cinta tiga segi membuat salah seorang dari adik beradik kembar ini membunuh saudaranya lalu menyamar sebagai pewaris yang telah dimanah menerima harta melalui amanah hartaraya. Si pembunuh akhir tidak dapat membendung "dosanya' dan akhirnya terbongkar kegiatannya apabila pihak polis menjumpai mayat yang diikat dengan rantai dan batu di dasar sungai, cerita CSI Melayu tahun 1960an.
Subscribe to:
Posts (Atom)