Karnival Buku Terengganu, yang berlangsung selama 24 hingga 29 Julai 2006 terasa sepi macam Laman Seni di Jalan Tun Razak. Saya sempat pergi ke Stadium Negeri itu 3 kali untuk meninjau( sebenarnya mengumpul semula koleksi kartun lama CESB).
Barangkali tidak ada apa yang saya hendak tulis untuk entri kali ini. Koleksi kartun zaman kegemilangan allahyarham Rejabhad, Reggie Lee, Ujang, Boy PJ dan Grup GG, Fatah Ngah, Lee Inas, Asan nampaknya masih lagi dijual. Masih lagi relevan untuk dibaca dan saya masih tersenyum simpul membaca coretan Mansasau Minah Leter dan Lat di bahagian prakata buku-buku kompilasi kartun kartunis-kartunis itu. Kaunter Creative Corner cawangan Kuantan hanya mempamerkan novel-novel terbitan CESB dengan potongan harga dari 20 % hingga 30%. Manakala kompilasi buku-buku kartun pada 50%. Kopak juga saya sebelah tangan. Cuma gak terkilan, kompilasi kartun Don, Pendekar Mate Tiga dan Dan Din Don tidak ada lagi dalam jualan. Buku-buku kartun allahyarham Rejabhad PMG dan Selendang Rugayah, koleksi Ujang dan Aca oleh Ujang dan karya kartunis seperti Ambo, Kulat, Cik Li, Ramzahurin masih lagi segar walaupun sebahagian besar kertas-kertas kompilasi buku-buku sudah pun naik kuning. Fuhhhhhhh.
Saturday, July 29, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment