Syukur dalam demam dan retorik bola sepak yang bertaraf dunia World Cup Fifa 2006 telah pun tamat. Penulis tidak boleh hendak mengulas panjang sebab penulis tidak begitu arif pasal bola sepak, kakibangku lah dikatakan.
Dalam bicara komix kali ini, penulis ingin mengimbau nostalgia pengumpul komik Melayu lama. Alangkah bertuahnya kalau ada individu atau pihak swasta tampil untuk berkongsi bersama mengenai koleksi komik-komik Melayu dari tahun 1960an hingga ke 1990an. Usaha tersebut telah berjaya dilaksanakan oleh arwah Pak Rejabhad. Dikatakan banyak koleksi komik-komik Melayu dan majalah Filem Melayu. Khazanah terebut sebenarnya boleh dijadikan bahan sejarah dan rujukan kepada pekomik-kartunis generasi sekarang dan akan datang.
Ramai pengkumpul komik masih mempunyai komik-komik mereka dan ada koleksi mereka masih disimpan dengan baik. Ada pula sudah "hilang" dan sudah dimakan oleh anai-anai. Sayang sekali, komik-komik koleksi penulis telah hilang. Dimanakah ku ingin cari ganti?
Di antara puluhan pekomik-pekomik yang bergiat cergas dari tahun 196oan hingga 1990an, yang paling penulis ingat karyanya ialah Halim Teh dengan siri Keris Berpuaka yang diterbitkan oleh Sinaran Bros. Alias Kulup atau Sailawati pun banyak juga berkarya, tetapi penulis tidak mengingati suatu pun karyanya. Penerbitan komik oleh Sinaran Bros kemudiannya diambil alih oleh Penerbitan Solo di Geylang, Singapura. Komik-komik terbitan syarikat ini didominasikan oleh S.Zain. Pun begitu, Penerbit Buku Fargoes, mengambilalih dengan membawa masuk komik-komik Indonesia. Fargoes, waktu itu amat terkenal sebagai pembekal buku-buku perpustakaan kanak-kanak. Buku-buku terjemahan Enid Blyton seperti Secret Seven , Famous Five dan siri Nancy Drew dan Hardy Boys menjadi buku kegemaran ramai.
Kekuatan yang ada pada pelukis komik S.Zain ialah story telling dan strokenya. Barangkali S.Zain banyak membuat rujukan melalui bacaan buku-buku dari luar negara. Strokenya cukup memberi kesan. Mood yang sering ditampilkan dalam komik-komiknya ala thriller. Cerita yang meninggalkan kesan kepada penulis ialah Dosaku yang mengisahkan dua beradik kembar seiras. Kemelut perebutan harta warisan datuk mereka dan cinta tiga segi membuat salah seorang dari adik beradik kembar ini membunuh saudaranya lalu menyamar sebagai pewaris yang telah dimanah menerima harta melalui amanah hartaraya. Si pembunuh akhir tidak dapat membendung "dosanya' dan akhirnya terbongkar kegiatannya apabila pihak polis menjumpai mayat yang diikat dengan rantai dan batu di dasar sungai, cerita CSI Melayu tahun 1960an.
Sunday, July 09, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment