Bicara kali ini adalah menjenguk blog yang sudah lama tidak dikemaskini. Lantaran terlalu sibuk dengan melihat dan menceceh hasilkerja orang lain. Hilang fokus sebenar, skrip komik Perkasa Alam sudah lama tidak diperbaiki. Cuti awal seminggu dari penjawat-penjawat awam lain pun tidak memberi ruang dan kesempatan untuk membuka fail-fail Perkasa Alam untuk diperbaiki. Ruang-ruang yang ada persis mencemburui waktu.
Kesempatan yang terbatas itu dipergunakan untuk menilai komik-komik yang sedia ada dipasaran. Rakan-rakan penulis muda lain telah pun maju kehadapan. Syabas diucapkan kepada mereka yang sudah berjaya memecahkan tembok air batu.
Friday, October 27, 2006
Saturday, July 29, 2006
Bicara Komix: Kompilasi Kartun-kartun Lama
Karnival Buku Terengganu, yang berlangsung selama 24 hingga 29 Julai 2006 terasa sepi macam Laman Seni di Jalan Tun Razak. Saya sempat pergi ke Stadium Negeri itu 3 kali untuk meninjau( sebenarnya mengumpul semula koleksi kartun lama CESB).
Barangkali tidak ada apa yang saya hendak tulis untuk entri kali ini. Koleksi kartun zaman kegemilangan allahyarham Rejabhad, Reggie Lee, Ujang, Boy PJ dan Grup GG, Fatah Ngah, Lee Inas, Asan nampaknya masih lagi dijual. Masih lagi relevan untuk dibaca dan saya masih tersenyum simpul membaca coretan Mansasau Minah Leter dan Lat di bahagian prakata buku-buku kompilasi kartun kartunis-kartunis itu. Kaunter Creative Corner cawangan Kuantan hanya mempamerkan novel-novel terbitan CESB dengan potongan harga dari 20 % hingga 30%. Manakala kompilasi buku-buku kartun pada 50%. Kopak juga saya sebelah tangan. Cuma gak terkilan, kompilasi kartun Don, Pendekar Mate Tiga dan Dan Din Don tidak ada lagi dalam jualan. Buku-buku kartun allahyarham Rejabhad PMG dan Selendang Rugayah, koleksi Ujang dan Aca oleh Ujang dan karya kartunis seperti Ambo, Kulat, Cik Li, Ramzahurin masih lagi segar walaupun sebahagian besar kertas-kertas kompilasi buku-buku sudah pun naik kuning. Fuhhhhhhh.
Tuesday, July 25, 2006
Bicara Komix: Kolobrorasi
Dua tiga hari yang lepas, seorang sahabat yang jauh lebih muda dari usia saya meninggalkan pesanan di peti suara blog saya. Seorang penggiat komik dan sekali gus menjadi ilustrator SKK, seorang jurutera muda yang amat meminati komik dan kartun dan pernah mengeluarkan zinenya sendiri. Kalau dilihatkan dari lakaran-lakaran awalnya saya cuba mengimbau kembali sejarah seorang pelukis dan kartunis- Ujang, di zaman Gila-Gila. Lukisannya simple dan strokenya amat diminati oleh remaja masa itu. Saya berpendapat, approach dan gaya lakaran dan dan stroke jurutera muda boleh pergi lebih jauh. Dan, saya melihat kesungguhan itu melalui SKK1 dan perubahan-perubahan itu berlaku sedikit demi sedikit. Hari Sabtu yang lalu, kartunnya disiarkan dalam slot SENDAL di harian Kosmo! Pelukis ini sedang berada di kejaran masa menyiapkan ilustrasi dan komik untuk SKK2, karya Ahmad Zafran Mutalib.
Ujang yang berkoloborasi dengan Aie menghasilkan karya "bestseller" sewaktu berada di bawah bumbung Kharisma Publications, berjaya memukau pembaca dengan jalan cerita yang berkesan. Nuriazam Ismail pula dengan karya mereka terbaru bersama S. Iskandar - Ku Takluki Angkasa Dengan Roket Gabus. Difahamkan, Nurie akan berkoloborasi dengan Madstone. Check it out, soon.
Sunday, July 09, 2006
Bicara Komix: Komik Lama
Syukur dalam demam dan retorik bola sepak yang bertaraf dunia World Cup Fifa 2006 telah pun tamat. Penulis tidak boleh hendak mengulas panjang sebab penulis tidak begitu arif pasal bola sepak, kakibangku lah dikatakan.
Dalam bicara komix kali ini, penulis ingin mengimbau nostalgia pengumpul komik Melayu lama. Alangkah bertuahnya kalau ada individu atau pihak swasta tampil untuk berkongsi bersama mengenai koleksi komik-komik Melayu dari tahun 1960an hingga ke 1990an. Usaha tersebut telah berjaya dilaksanakan oleh arwah Pak Rejabhad. Dikatakan banyak koleksi komik-komik Melayu dan majalah Filem Melayu. Khazanah terebut sebenarnya boleh dijadikan bahan sejarah dan rujukan kepada pekomik-kartunis generasi sekarang dan akan datang.
Ramai pengkumpul komik masih mempunyai komik-komik mereka dan ada koleksi mereka masih disimpan dengan baik. Ada pula sudah "hilang" dan sudah dimakan oleh anai-anai. Sayang sekali, komik-komik koleksi penulis telah hilang. Dimanakah ku ingin cari ganti?
Di antara puluhan pekomik-pekomik yang bergiat cergas dari tahun 196oan hingga 1990an, yang paling penulis ingat karyanya ialah Halim Teh dengan siri Keris Berpuaka yang diterbitkan oleh Sinaran Bros. Alias Kulup atau Sailawati pun banyak juga berkarya, tetapi penulis tidak mengingati suatu pun karyanya. Penerbitan komik oleh Sinaran Bros kemudiannya diambil alih oleh Penerbitan Solo di Geylang, Singapura. Komik-komik terbitan syarikat ini didominasikan oleh S.Zain. Pun begitu, Penerbit Buku Fargoes, mengambilalih dengan membawa masuk komik-komik Indonesia. Fargoes, waktu itu amat terkenal sebagai pembekal buku-buku perpustakaan kanak-kanak. Buku-buku terjemahan Enid Blyton seperti Secret Seven , Famous Five dan siri Nancy Drew dan Hardy Boys menjadi buku kegemaran ramai.
Kekuatan yang ada pada pelukis komik S.Zain ialah story telling dan strokenya. Barangkali S.Zain banyak membuat rujukan melalui bacaan buku-buku dari luar negara. Strokenya cukup memberi kesan. Mood yang sering ditampilkan dalam komik-komiknya ala thriller. Cerita yang meninggalkan kesan kepada penulis ialah Dosaku yang mengisahkan dua beradik kembar seiras. Kemelut perebutan harta warisan datuk mereka dan cinta tiga segi membuat salah seorang dari adik beradik kembar ini membunuh saudaranya lalu menyamar sebagai pewaris yang telah dimanah menerima harta melalui amanah hartaraya. Si pembunuh akhir tidak dapat membendung "dosanya' dan akhirnya terbongkar kegiatannya apabila pihak polis menjumpai mayat yang diikat dengan rantai dan batu di dasar sungai, cerita CSI Melayu tahun 1960an.
Monday, June 26, 2006
Bicara Komix: Aspirasi dan Inspirasi II
Tidak keterlaluan jika dikatakan pelukis komik mendapat ilham atau idea dari sekitar dan kerangka waktunya (time frame). Jika pelukis komik dan pelukis kartun itu berada di zaman populariti sinema, maka ilham jalan cerita dan karakternya berkisar dengan intipati layar putih. Cerita-cerita berbentuk hikayat, kepahlawanan, peperangan, penyiasatan dan kemasyarakatan menjadi pilihan utama sewaktu sinema dan televisyen skrin hitam putih memainkan peranan.
Ketika mendiang Bruce Lee berada di puncak kejayaan, ikon tersebut menjadi ikutan samada di dalam filem, video serta komik dan kartun. Ikon kepahlawanan Indonesia seperti Si Pitung, Jaka Sembung dan lain-lain turut memberi ilham kepada pelukis komik serantau. Ketika filem-filem seram menakluki pawagam-pewagam serantau, komik tempatan dan dari luar tidak berkecuali mendapat tempiasnya. Tokoh-tokoh komik Malaysia/Singapura yang turut menggunakan idea/ilham cerita seram seperti allahyarham A.Rahim B. Tidak ramai yang tahun tokoh bangsawan/teater ini adalah seorang pelukis komik yang prolifik.
Saya masih ingat kata-kata SiNaga-Naga (pemilik blog SiNaga Origami), habis tangan hitam selepas baca komik seram A.Rahim B. Ini kerana dakwat hitam cetakan komik tersebut terlekat pada tangannya. A.Rahim B bukan sahaja hebat di atas pentas teater dan sandiwara, malahan cerita komiknya turut sama memberikan impak kepada pembaca. Warna suram dan gelap adalah latar cerita yanng bergenre seram. Kalau filem-filem barat menonjolkan cerita tentang Werewolf iaitu serigala jadian, allahyarham juga mempunyai cerita komik yang lebih kurang sama. Arham atau Raja Hamzah (Raja Komik Malaysia) pun turut mewarnai kegelapan malam dalam genre cerita-cerita seram lewat majalah RINA dalam tahun-tahun 80an.
Barangkali ada dikalangan pembaca masaih teringat dengan cerita-cerita komik yang seram bukan? Adakah werewolf dan lycans dari spesies yang sama? Dalam RPG dan wayang werewolf, lycans dan vampire turut menjadi subjek dan tema. Dewasa ini, zaman telah berubah. Permainan melalui talian internet yang puluhan malahan ribuan jenis mudah diakses. Samada dalam bentuk cd, vcd maupun dvd yang canggih yang dibangunkan demikian rupa dalam bentuk animasi 3D. Pelukis-pelukis komik dan kartun boleh sahaja menjadikan permainan online itu sebagai platform untuk menghasilkan cerita komik serta karakter-karakter mereka.
(more..)
(more..)
Oleh yang demikian, berlakulah sekarang jalan cerita komik yang berlatar belakang hikayat, kepahlwanan tempatan tidak lagi mendapat tempat dikalangan pembaca. Yang kita lihat sekarang ini jalan cerita dan karekter kebanyakan berorientasikan nagara matahari terbit. Sayugia, kebanjiran dan kemasukan komik-komik dan anime Jepun bukan sahaja memberi kesan kepada perkembangan komik tanah air, malahan negara jiran Indonesia pun turut merasai tempiasnya.
Thursday, June 22, 2006
Bicara Komix: Aspirasi dan Inspirasi
Apakah komik-komik Melayu akan kembali di persada seperti di tahun-tahun 60an hingga 70an? Satu persoalan yang sukar dijawab tetapi itulah harapan dan aspirasi dalam sanubari penggiat komik dan kartun dewasa ini. Kebelakangan ini, saya rasa dan nampak satu kecederungan itu yang akan akan mengubah keadaan. Cuma memerlukan sedikit masa walaupun terpaksa berhadapan dengan pengaruh luar.
Melawati blog Urban Comics, memberikan saya semangat untuk menulis disini. Apalagi mereka merupakan aspirasi untuk memulihkan idealisme Komik Malaysia. Ketika majalah separa komik "FANTASI" masih lagi bernafas, ramai dikalangan pelukis komik dan penyumbangnya mempunyai sentuhan mereka yang tersendiri. Di antara bakat-bakat besar ketika itu ialah Jalilani Abu Hassan, Ahmad Kamil, Niezam, POT Jr. , Weman, Jimmy Kong, Baba Chuah selepas pekomik-pekomik dan pelukis-pelukis yang mempunyai nama besar seperti Azman Yusof, Mohas, Jaaafar Taib dan sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Kenapa saya mengatakan majalah itu separa komik, jawapannya ialah FANTASI menseimbangan isi kandungannya yang dihidangkan bersama artikel, karya berupa catan, tekstil, senibina dll. Anak muda yang turut menggerakkan Urban Comics terdiri dari Azhar, Aim, Kromosom, Milx, Adijin, Usenohook,White dan beberapa orang pelukis berbakat yang lain seperti Joker IX, Mafia, Zul Lee yang mempunyai sentuhan tersendiri.
Insya Allah, dalam masa terdekat ini mereka sedang merangka satu projek besar. Kita tunggu dan lihat kejutan yang bakal mereka lakukan. Majulah KOMIK MALAYSIA, adalah wajarnya kita menampilkan wajah dan identiti Malaysia dalam komik dan kartun tempatan.
Setakat ini dulu, nanti saya update lagi.
Friday, May 26, 2006
Bicara Komix: Apabila Alif Menulis Part II
Dua hari yang lepas saya ada menyebut tentang satu nama ini dalam entri saya, Alif. Saya rasanya khalayak pembaca dan pelukis tentu tidak asing lagi dengan nama ini sejak-sejak akhir ini. Beliau tidaklah sepopular Siti Nurhaliza atau Mawi , tetapi amat meminati lagu-lagu Siti dan rambutnya sewaktu saya berjumpa dengan beliau pada tahun 2003, rambut Alif mendahului Mawi, sebabnya Mawi belum lagi memasuki pertandingan AF. Petang kelmarin, saya sempat mencapai Megi Itik dan Untuk Shampoo dan membelek-beleknya lagi sambil duduk memerhati anak-anak kucing saya di dalam sangkar. Terlintas di hati saya untuk mengimbas kartun-kartun stripnya yang bertajuk Budak, Big Ugly dan sebagainya. Alif, amat meminati Matt Groening, C.W. Kee selain guru kartunnya Allahyarham Rejabhad.
Hari ini Berita Harian telah menyingkap disebalik tabir saudara Alif, seorang anak muda yang peka terhadap dunia sekitarnya yang digarap melalui pengalaman masa lalu di dalam novel dan kartun stripnya. Kini beliau merupakan penulis muda yang tekun menghasilkan kedua-dua bidang yang amat diminatinya. Untuk itu marilah kita ikuti temubual wartawan Berita Harian, Siti Nursuhada Masri dengan Alif.
Bicara Pengarang: Dunia nomik Alif Firdaus Azis
Oleh Siti Nursuhada MasriBagaimanakah Alif Firdaus Azis boleh berkecimpung dalam dunia penulisan?
Saya sebenarnya seorang pelukis dan bermula dengan melukis kartun untuk komik. Pembabitan saya dalam bidang penulisan adalah secara tidak langsung. Saya menerima dorongan daripada seorang rakan yang kebetulan sedang mencari pelukis untuk kulit depan bukunya. Saya mengikuti rakan saya itu menghadiri bengkel penulisan. Bermula dari bengkel terbabit, timbul minat untuk menulis. Selain daripada bengkel penulisan terbabit, apakah Alif ada mengikuti bengkel lain bagi memahirkan diri dalam bidang ini? Selain daripada bengkel terbabit, saya sudah menimba pengetahuan dalam dunia penulisan ketika di alam persekolahan. Ketika di Tingkatan Satu hingga Tingkat Tiga, saya ada mengikuti bengkel melukis kartun. Daripada bengkel terbabit, saya didedahkan dengan cara melukis kartun untuk sesebuah cerita. Bengkel terbabit lebih menekankan penyampaian cerita. Dalam lukisan kartun, cerita disampaikan secara visual manakala dalam penulisan, kisah disampaikan secara naratif. Berapa lamakah masa yang diambil oleh Alif untuk menghasilkan sesebuah buku? Tidak tentu. Penghasilan sesebuah buku bergantung kepada jalan ceritanya. Sekiranya membabitkan penyelidikan dan memerlukan banyak imaginasi, ia akan mengambil masa agak lama tetapi sebaliknya, jika berdasarkan pengalaman sendiri. Siapakah idola Alif dalam dalam dunia penulisan? Zaman persekolahan saya gemar membaca novel Ahadiat Akashah. Kini, saya gemar membaca karya JK Rowling iaitu Harry Potter. Saya mengagumi cara pengolahan jalan cerita dan idea pengarang terbabit. Semangat beliau untuk berjaya menjadi inspirasi kepada saya. Beliau gigih untuk berjaya dengan menghantar karyanya dari satu penerbitan ke satu penerbitan. Walaupun karyanya ditolak, beliau tidak berputus asa. Berbanding dengan beliau, cabaran yang saya hadapi terlalu jauh berbeza. Selain daripada Alif, siapakah lagi ahli keluarga yang turut terbabit dalam dunia penulisan? Hanya saya seorang terbabit dalam dunia penulisan. Saya hanya menyedari bakat saya dalam dunia penulisan secara kebetulan iaitu selepas mengikuti bengkel penulisan. Bermula dari bengkel berkenaan, saya terdorong untuk terus berkarya. Apakah karya sulung Alif dan bagaimana mendapat ilham? Karya saya yang pertama adalah kartun strip tiga petak yang dimuatkan dalam majalah Gila-Gila terbitan 1 Januari 1999 manakala novel pertama saya adalah Untuk Syampoo terbitan PTS Publications & Distributions Sdn Bhd. Saya mendapat ilham menghasilkan novel itu selepas pulang dari bengkel penulisan dan catatan diari saya diolah menjadi nomik. Saya mendapat tunjuk ajar daripada pengurus PTS, Ainon Mohd. Ainon memberi panduan agar mengolah pengalaman diri menjadi cerita yang menarik. Untuk Syampoo mengisahkan budaya hidup pelajar di asrama. Novel ini menampilkan watak Alif yang lari daripada alam persekolahan biasa dan masuk ke asrama serta tidak berminat dalam bahasa Inggeris. Di asrama, Alif meminati pelajar kacukan Inggeris Melayu yang digelar Syampoo. Alif yang ingin lari daripada bahasa Inggeris, akhirnya bertambah dekat dengan bahasa berkenaan semata-mata untuk memikat Syampoo. Secara keseluruhan dapat dilihat melalui ketiga-tiga novel Alif ini, remaja menjadi sasaran. Mengapa? Sebenarnya, ketiga-tiga tulisan saya itu berdasarkan idea yang diperoleh pada waktu itu. Saya tidak pernah mengkhususkan karya saya untuk khalayak tertentu. Biasanya editor yang menerima karya akan menentukan genrenya. Mungkin faktor jiwa yang menyebabkan saya hampir kepada remaja selain pengalaman diri. Misalnya dalam ketiga-tiga novel saya itu, kebanyakannya mengisahkan kehidupan remaja seperti di asrama. Karya saya yang masih dalam proses penulisan bertema fantasi dan lebih berat, sesuai untuk lewat remaja dan awal dewasa. Apakah gaya pengkaryaan Alif? Oleh kerana saya bermula sebagai seorang pelukis animasi, saya gemar memasukkan lukisan komik dalam novel saya. Misalnya dalam Rahsia Firdaus, jalan cerita dua bab terakhir novel terbabit, saya sampaikan melalui lukisan komik. Saya lebih berminat membawa tema berunsur pengajaran dan cerita remaja kerana ia dekat dengan saya. Apakah perancangan masa depan Alif dan karya terbaru? Saya dalam proses menyiapkan komik Orang Kuat yang mengisahkan super hero yang berbentuk humor. Insya-Allah, ia akan diterbitkan pada bulan lima dan kini masih diedit. Projek terbaru, saya terbabit dengan kumpulan yang sedang dalam proses menghasilkan cerita bertema fantasi seperti The Lord of The Ring dan akan diterbitkan dalam 99 versi dan kini 25 peratus siap. Kisah ini lebih berat dan sesuai untuk khalayak lewat remaja dan dewasa. Saya bercadang menghasilkan karya lebih baik pada masa depan dan terus bergiat dalam dunia penulisan. Profil: Alif Firdaus Azis Nama Pena: alifstyle Tarikh Lahir: 13 Februari 1984 Tempat Lahir: Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Pendidikan: Institut Kemahiran Mara Petaling Jaya (Kejuruteraan Elektronik HND), Kolej Yayasan Melaka (SPM dan SKM) Pencapaian: Pemenang keempat Lukisan Potret di Balai Seni Lukis Negara (2005), dicalonkan Festival Pelajar Malaysia 2004, Pemenang Peraduan Seni Lukis Conan (2004), Juara Pertandingan Melukis Majalah Din Lawak (1998) dan Juara Pertandingan Melukis Sek Men Bandar Sunway (1998) Karya komik: Novel Grafik Orang Kuat (2006), Umbra (2002-2005), Mato-mato (2003-2005), VCD animasi- Sketsa (2004), Fanzine Megi Itik (2003), Kartun Strip Gila-Gila (1999-2002), Fanzine Bersama Aerol (1999) dan Fanzine Bersama Buck Shot (2002) Penulisan: Rahsia Firdaus (2006), Untuk Syampoo (2006) dan Bergaduh dan Menari (2006) 27 Mei 2006
Wednesday, May 24, 2006
Bicara Komix: Inspirasi
Ahaks, semalam Alif masuk blog Perkasa Alam. Tegurannya di shoutbox, Seraut Pensel tidak di update. Ternyata, sukar saya hendak menjawab sebab tiada idea untuk diletakkan di sini. Dalam masa yang sama saya sudah berusaha untuk menyiapkan Episod 2 Perkasa Alam. Sambil itu kesempatan yang ada, saya menjenguk forum PTS Millennia dan group IACAScW. Nampaknya selepas perjumpaan dan konferens CEDKOGAN KARTUNING ini, kartunis dan pelukis komik IACAScW tampil untuk memeriahkan lagi komik tanah air. Melting Pot merupakan buah tangan mereka, mengingatkan kembali APAzine.
Selain itu, saya tertarik dengan projek komik Marvel, Daughters of Dragon. Di sini saya, pautkan tulisan Matt Brady dan mengenai pelukisnya Khari Evans yang diipetik dari blog Newsrama.
Daughters Of Dragon#1
Daughters of Dragon#2
Friday, March 10, 2006
Bicara Komix: Apabila Alif Menulis
Seorang yang berbakat tidak harus mempersiakan bakatnya samada dalam penulisan atau melukis kartun. Antara pelukis yang berbakat besar dalam penulisan selain dari melukis kartun ialah anak didik Allahyarham Rejabhad. Malah lebih ramai yang berkeinginan hendak menjadi pelukis kartun sewaktu GG berada di pucak kejayaan. Pelukis dan penulis itu ada menyebut di dalam blognya Cartoonrama. Bacalah apa yang ditulisnya.
Selain daripada itu, diluar sana ada lagi pelukis dan penulis yang berjaya menerbitkan novel grafiknya yang diberi judul Mambo di Kuale. Penulis tersebut ialah Nurazmi. Novel grafik pertama Nur Azmi terbitan ameen serve Holdings. Ini merupakan "masterpiece" Nur Azmi. Dan karya yang lari dari aspek konvesional penceritaan komik Melayu. Ini adalah buah tangan dan terbaru dari artis semuda Nur Azmi.
Tuesday, January 31, 2006
Bicara Komix: Stroke Yang Evergreen
Setiap orang diberikan buah fikiran yang di panggil otak. Barangkali saya ini tergolong daripada orang yang menggunakan otak sebelah kanan. Kata pakar motivasi mereka yang menggunakan otak sebelah kanan adalah tergolong dari mereka yang meminati seni. Seni itu banyak cabangnya. Ada seni muzik, seni tari, seni drama, seni arca, seni ukir, seni anyaman, seni lakon, seni lukis dan sebagainya. Saya tidak tahu kenapa saya begitu cenderung membaca komik dan kartun. Saya masih ingat kata-kata emak saya yang saya ini suka mengutip cebisan surat khabar. Surat khabar yang saya kutip itu ada mengandungi kartun Nancy oleh Ernie Bushmiller.
Bila menyebut kartun Nancy, saya terpanggil untuk menulis sesuatu mengenai kartun dan komik yang bersifat evergreen. Walaupun sudah melebih 30an, kartun dan komik itu masih diminati ramai. Komik dan kartun yang bersifat evergreen ini bersifat universal contohnya kartun Mickey Mouse, Donald Duck, Doraemon, Flintstone, Tarzan, Superman, Batman dan banyak lagi. Di Malaysia sendiri, kita jangan melupai kartun-kartun Datuk Lat yang telah mendapat tempat di peringkat antarabangsa.
Karekter Tarzan telah sekian lama bergayut dari dahan ke dahan semenjak tahun 1912 lagi.Karekter tersebut yang direka oleh Edgar Rice Burroughs, dengan bangganya menjadi idola sbahagian besar penduduk dunia lebih dari satu abad sejarah Tarzan sebagai watak "ape-man" dalam majalah dan buku,filem dan rancangan radio, komik dan rangkaian kedai permainan, dan akhirnya dalam animasi klasik Disney .
Edgar Rice Burroughs dikenali kerana merekacipta watak Tarzan. Beliau juga menulis pengembaraan yang cemas di planet-planet lain dan juga dunia yang hilang serta peradabanya.
Kartun Datuk Lat kalau dilihat dari segi mata kasar, strokenya sangat simple denagn sentuk berus dan dakwat. Secara ikhlas strokenya boleh dipukul habis oleh pekomik-pekomik generasi baru. Tetapi mengapa strokenya itu masih disukai ramai? Jawapannya mudah, stroke kartun yang dipelopori oleh seseorang pelukis dan kartun itu ialah sebagai trademark pelukis dan kartunis tersebut.
Semasa kegemilangan GG, kita didedahkan pelbagai stroke kartun yang melekat dihati pembaca. Pelukis kartun atau kartunis yang menyumbangkan kartun untuk GG boleh dibahagikan kepada 3 generasi.Pembaca dapat mengenali dengan jelas stroke Jaafar Taib (Kalau dan Jungle Jokes), Zainal Buang Hussin , Mishar, Rejabhad (Pewira Mat Gila), Nan (Ayop Anak Tulakang), Imuda , Don (Dan Din Don), Kerengge (3 segi 4 segi), Fatah (A.Mahmud), Zamri Abu, Long Jaafar (Hantu Orang), Reggie Lee ,Tarzidi (Tarzan), Raz serta lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama yang ingat sahaja dengan seribu kemaafan.)
Generasi kedua didokong oleh Ujang(Aku Anak Minang), Zunar, Boy PJ, Cabai(3 Dara Pingitan), Kulat(Mat Metal dan Malaya Blues), Ambo, Roslim, Rasyid Asmawi (From Taiping With Love) manakala generasi ke 3 majalah GG pula terdapat Aloy, Azhar Senapon, Nat, Jibat, Ida, Ram Julie dan diperkuatkan lagi dengan kartunis Asan, Cabai (generasi ke 2) dan Long (generasi pertama)
Saya hampir terlupa nama-nama kartunis yang baru-baru kerana baru kebelakangan ini saya menyemak semula GG ini. Di MOY Productions, saya merasakan terdapat gelombang baru yang ditonjolkan oleh pelukis-pelukis komik dan kartun yang dipimpin oleh Sdr. Rodin. Nama-nama seperti She, Pac, Jakalll, Gecko dan VKey tampil dengan stroke yang tersendiri. Majalah Lawak Antarabangsa APO? dan abang kandungnya UJANG pula menampilkan Petai dengan stroke ala Sergio Arrogenes. Nik, Manggis , Sireh, Rambai, Lambok, Duku, Sagu, Belitong, Pandan, Spider, Cendol dan Chang tidak kurang hebatnya.
Penghijrahan Gayour,Jambang, Ubi, Rudy, Kopi, Keladi, dan Kobis Bunga ke penerbitan baru G3 memeriahkan lagi serta mewarnai kartun dan komik Malaysia. Stroke mereka ternyata evergreen disulami dengan lawak. Kehadiran Sarah, Zale, Komasutra, Cutevirus mempelbagaikan hidangan kmomik dan kartun tanah air dengan diperkukuhkan kartunis dan pekomik seperti Aedes, Ujang dan Aie.
Saya cuba menggali info tentang kartun evergreen bertaraf antarabangsa contohnya PEANUTS. Populariti karekter Peanuts ternyata merentasi benua tanpa sempadan.
POPULARITI "PEANUTS" TIADA SEMPADAN
JEPUN
Lebih daripada 200 pemegang lesen.
Daya tarikan dan Snoopy Studios menjadi popular di Universal Studios Japan.
Kedai Permainan Snoopy yang Esklusif disediakan oleh Lalaport mempamer dan menjual produk Peanuts: 8 gedung, 3 kiosks, 2 kedai mini
Barangan cenderahati bertemakan Peanuts kepada pelanggan baru Sankei Shimbum (sebuah akhbar Jepun yang utama)
Stesen kabel tv TXBB (TV Tokyo Broad Band) menawarkan kepada lebih 700,000 pelanggan untuk mengakses strip kartun harian, quiz, fakta dan info
Kehadiran karekter Peanuts di ANA's Resorts Campaign. Snoopy & ANA - 23 tahun dan masih diteruskan
20% daripada pelajar sekolah rendah di Jepun, hampir 1,400,000 kanak-kanak, menggunakan buku latihan yang dikeluarkan oleh Kyoiku Dojinsha di mana karekter Peanuts muncul sebagai sebagai pemandu arah
Promosi McDonald dalam bulan Jun 2005
ASIA
Lebih daripada 270 pemegang lesen
McDonald’s Happy Meal - promosi sepanjang tahun 2007
Kempen dan promosi pengiklanan MetLife pan-Asia sehingga tahun 2012
Siaran TV Siri Peanuts di China, Thailand dan Indonesia
Sambutan promosi dan Ulangtahun Bersama ke 55 dengan gedung-gedung Watson pan-Asia
Penjagaan kulit dan kosmetik Peanuts di China
Snoopy dijadikan duta "2005 Philatelic Ambassador" untuk "Hong Kong Post"
Jenama Peanuts disemua rangkaian pusatbeli belah pakaian dan akseksori di China dan Taiwan
Snoopy Fun Fun Garden, sebuah taman tema seluas 40,000 meter persegi dibuka pada musim salji pada tahun 2005 di Wilayah Guangdong, China
AUSTRALIA/NEW ZEALAND
TV: ABC Australia
Pakaian tidur dan pakaian dalaman serta apparel anak gadis di semua gedung yang besar
Peanut dijadikan duta untuk sambutan ulangtahun ke 55 Kid’s Meal promosi dengan Hungry Jack’s September-October 2005
Program dan rangkaian seluruh negara Baby Snoopy
Berdasarkan fakta di atas, saya melihat stroke evergreen kartun Snoopy telah berjaya memasuki pasaran dunia. Saya tertarik dengan tulisan Sifu PTS (penulis blog ) Universiti Terbuka PTS berkenaan dengan entri beliau Novel dan Komik Evergreen serta Harta Intelek. Saya juga menerima email beliau meminta saya menulis tentang stroke evergreen. Beliau sangat berkeyakinan stroke evergreen seperti yang dihasilkan oleh Datuk Lat dapat dijadikan sumber inspirasi bagi pekomik-pekomik generasi baru. Saranan Sifu PTS ialah supaya pekomik menggunakan Harta Intelek untuk membuat duit sebanyak mungkin. Adakah kemungkinan kita mencapai taraf yang sama seperti PEANUTS, DORAEMON, MICKEY MOUSE, DONALD DUCK, TARZAN dll yang mana pencipta karekter tersebut mengumpul harta intelek yang diwarisi oleh pewaris-pewaris mereka?
(bersambung lagi...)
Thursday, January 26, 2006
Bicara Komix: Dari Akhbar ke Majalah
Majalah Bambino pertama kali terbit ketika saya masih di Tingkatan 4 dengan tandaharga 60 senaskah. Saya mula melihat majalah kanak-kanak ini ketika berulang alik ke kedai buku Ustaz Pak Hitam. Saiz majalah ini ketika itu sama saiznya dengan komik kartun Beano dan Dandy yang diimport dari UK. Saya masih ingat isu pertama majalah itu menggunakan khidmat pelukis Rosdin. Antara penyumbang komik dan kartun di dalam majalah kanak-kanak yang berorientasikan pendidikan ialah ialah Razali MHO, Rosdin, JunHairi, Othman Haji Zainuddin. Watak Bambino dihasilkan oleh Rosdin, begitu juga watak Rina amat berkesan sekali dihati pembaca ketika itu. Kulisan Rosdin amat dinenali dengan teknik cat air yang dicampur dengan media lain seperti pensel warna dan dakwat. Bentuk kerawang ukiran Melayu sebagai trademark beliau dijadikan background karya beliau.
Kartun yang membuat saya ketawa terbahak-bahak ialah yang berjudul Spy Leman, saya telah melupai nama pelukis asal kartun ini. Kalau tidak silap saya pekatun itu menggunakan nama Rashalea. Dan kalau saya silap tidak juga, saya pernah terpandang dan terbaca judul yang sama. Kartun ini dilukis oleh Taugeh dengan senario yang berlainan. Bambino selepas isu ke 4, mendapat pelukis muda dan berwibawa. Namanya pernah saya sebut dalam entri-entri yang lalu. Tidak lain tidak bukan, ialah Suhaimee Salleh yang ketika itu pelajar jurusan Kajian Seni Lukis dengan ITM. Stroke nya sangat kemas dan detail berjaya menambat hati pembaca. Karyanya yang masterpiece ialah Anak Raja Gondang yang diangkat dari cerita rakyat.
Kemudian lahir pula RINA sebuah majalah komik yang berorientasikan remaja. Suhaime menjadi pelukis tetap dengan siri Rina dan Seri Mega yang bercorak fantasi memang mengasyikkan. Ketika adik beliau belajar dikelas saya setelah dibenarkan mengulang mengambil MCE. Cerita Rina dilukis selalu bertukar pelukis dari Suhaime ke Azman Yusof dan akhir sekali ke Nik Nordin. Suhaime Salleh meninggalkan Suarasa dengan menubuhkan Penerbitan Anggerik untuk menerbitkan Sri Mega. Adiknya pula selalu menunjukkan komik yang diterbitkan oleh Syarikat Suarasa itu kepada saya.
Nik Nordin kemudian meneruskan melukis watak Bambino yang ditinggalkan oleh Rosdin. Ketika diTingkatan 6, saya bernasib baik membaca secara percuma majalah berorientasikan Medan Pelajar yang diterbitkan Suarasa. Adik Fatah Ngah iaitu A. Manan membawa majalah itu ke bilik saya di asrama. Saya menukarkan komik yang saya lukis yang tidak seberapa kepadanya. Adik kepada Bambino Anak Rusa Nani lahir dengan beberapa keluaran sahaja.
Medan Pelajar, Bambino dan Rina berkubur setelah Suarasa berpecah. Lahir pula majalah Salina dan Bujal. Ha Hu Hum berbentuk lawak pun turut lahir. Rejabhad, Rossem dan kartunis-kartunis adalah pedokong-pedokong Ha Hu Hum. S.Zain pula menerbitkan majalah kartun Jenakarama. Penerbitan majalah kartun seperti itu barangkali untuk mengimbangi Beano dan Dandy. MAD sudah lama berada dipasaran. Gelombang baru lawak ala MAD pun bermula dengan penerbitan majalah Gila-Gila dan Gelihati. Nama-nama pedokong kedua majalah lawak ini telah saya sebut di awal entri saya. Maaaflah, kalau pembaca merasa tulisan saya berulang-ulang cerita yang sama. Nan telah memulakan karier sebagai kartunis dan ilustrator dengan majalah KANCIL yang dikendalikan oleh Ignatius Dev Anand. Selepas KANCIL berkubur, barulah dia bersama dengan Gila-Gila.
Wednesday, January 25, 2006
Bicara Komix: Nostalgia Komik dalam Suratkhabar
Menyingkap balik zaman tahun 70an dulu sekitar, kesempatan untuk membaca komik ketika itu cukup nostalgik sekali. Barangkali ramai di antara mereka yang pernah melalui saat ini. Masih mengenang komik-komik yang dihasil oleh penggiat komik era 70an.
Ketika kanak-kanak saya hanya berkesempatan membaca komik-komik secara percuma dikedai-kedai buku. Tuan punya kedai buku nampaknya pada masa itu tidak begitu menghiraukan kalau saya membacanya secara percuma. Saya sanggup berulang-ulang pergi ke kedai itu setiap minggu hanya untuk membaca komik walaupun ditengah hari. Kadang-kadang terpaksa menunggu ayah pulang dari pasar. Basikal tua saya pinjam untuk ke kedai yang terletak dekat dengan Kampus Mara di pekan Sura Gate. Kadang-kadan kawan saya ikut memboceng. Selepas membaca saya akan mengeluarkan wang syilling sebanyak 60 sen (yang kami kongsi separuh-separuh)untuk dibelikan surat khabar. Ketika itu terdapat dua buah syarikat surat khabar BH dan UM. Surat khabar yang kami beli seharusnya ada komik dan kartun di dalamnya. Kawan-kawan saya pula kegemarannya membaca tentang hiburan. Habis dibelek-beleknya UFF, URTV, Kisah Cinta satu persatu. Minggu depan datang lagi. Dari Satu kedai buku ke satu kedai buku. Di daerah kami hanya terdapat 3 buah kedai buku, satu dipunyai oleh Allahyarham Ustaz Pak Hitam. Yang dua lagi itu dipunyai oleh Taukeh Cina. Boleh dikatakan muka kami yang tidak malu ini cukup familiar. Kadang-kadangkala ada juga saya membeli pen meluis di kedai itu. Tidaklah taukeh itu terasa bengang sangan kami baca percuma.
Bila menyebut surat khabar, tidak lupa saya kepada pelukis-pelukis yang pernah menghasilkan karya komik di dada akhbar, seperti Allahyarham Raja Hamzah yang ketika itu bekerja sebagai residen artis di BH. Beliau kadangkala menggunakan nama pena seperti Arham atau R.Hamzah. Strokenya amat bersih dengan garisan yang tebal. Kartunya yang cukup popular pada masa itu Keluarga Si Jambul. Beliau turut menghasilkan kartun dan komik ala Disney iaitu Sang Lamri. Kisah mengenai Musang yang cerdik dikalangan haiwan-haiwan dihutan. R.Hamzah dengan nama penanya Arham adalah seorang penggiat komik dan kartun bersama majalah terbitan Suarasa yang diasaskan bersama teman-temannya yang lain seperti Razali MHO, Mishar, Rosdin, Suhaime Salleh yang cukup popular dengan majalah RINA, BAMBINO dan SPEKTRA.
Mishar pula ketika itu melukis kartun secara berkala dengan UM dengan melukis kartun setiap hari. Saya sudah tidak mengingati nama judul kartunnya yang mengelekkan dan sinis itu. Ketika itu, Dato' Lat pada masa yang sama muncul dengan kartunnya di BH dan NSTP.
Pelukis komik yang masih melekat di ingati saya ialah Samudera Pewira yang melukis komik di BH dengan stroke yang tersendiri. Yang membauat saya ingat sampai sekarang belaiu suka menulis dialog dan kapsennya dengan menggunakan pembaris sebagai. Itulah trademarknya. Trademark itu cukup sinonim dengan pertugas-pertugas di Jabatan Pendaftaran atau ppolis yang yang membuat pendftaran surat lahir zaman itu. Kad pengenalan saya yang lama dahulu pun ada bekas tulisan tangan dengan menggunakan pembaris. Unik kan???
Zaman itu ramai pelukis-pelukis komik yang barangkali sudah menggantungkan pen dan menyimpan botol dakwat dan kertas lukisannya. Komik bersaiz format sekarang pun mulai menggantikan komik saiz biasa War Library yang diterbitkan oleh Sinaran Bros dan Penerbitan Solo di Singapura. Nama-nama sepeti Yuzal,Rossem, Allahyarham Rahim B. (pelakon bangsawan dan dramatis tanah air) Khuzae,Gopa, Pot JR, Kamil tertera di kulit luar komik terbitan Media Seni dan Toko Buku Asia.
Sementara itu, komik dan kartun didominasikan oleh kumpulan Suarasa di akhbar-akhbar utama dan Utusan Pelajar. Utusan Pelajar yang terbit seminggu sekali dengan harga 50 sen cukup menghiburkan dengan komik persilatan(Marzuki dan Nik Nordin), cerita zaman perang dan sejarah(MOHAS dan Othman Hj. Zainuddin) , cerita penyiasatan ala James Bond (Razali MHO)dan cerita fiksyen sains (Mishar). Dewan Pelajar ketika itu ramai pelukis-pelukis komik dan produk Mara tidak kurang hebatnya dengan karya Othman Hj. Zainuddin, Mazlan Noor dan Dato' Lat sendiri.
Mingguan Malaysia pernah menyiarkan komik warna/hitam putih dari Jaafar Taib, Nik Nordin, Tarzidi dan lain-lain. Manakala Berita Harian dengan komik-komik dari Jimi (Jimmy Kong), R. Hamzah dan lain-lain lagi.
Sunday, January 22, 2006
Bicara Komix: Merealisasikan Impian Generasi Baru Komik Malaysia
Kelmarin sudah selesai satu Bengkel Storyboard dan Hakcipta Komik Malaysia yang julung-julung kali di adakan di ibu kota. Meskipun penulis tidak dapat menghadiri, penulis mengharapkan bengkel yang dikendalikan oleh PTS Millennia-Pergh ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada penggiat komik mengenai hak di atas karya mereka. Syabas diucapkan kepada pihak PTS dan pengendali-pengendali slot bengkel tersebut. Apa-apa pun, selepas bengkel ini penggiat-penggiat komik boleh bernafas lega setelah mendengar penerangan yang cukup jelas dari pengendali-pengendali bengkel tersebut.
Penulis sentiasa mengikuti perkembangan dari jauh dan seringkali menjenguk ke alam siber untuk mendapat info dari kawan-kawan. Saudara Jonos yang kerap melawat blog saya sering memyuarakan dikotak teriakan saya. Saudara Waverider pun sering bertanyakan berita mengenai perkembangan komik di sini. Semalam baru bersembang dengan Waverider. Sembang mencakupi kehidupan dan komik yang berkotak-kotak yang dikumpulnya. Semalam dia memberitahu hendak berpindah rumah dan dia menawarkan untuk mengirimkan komik-komik US yang dikumpulnya. Kalau dia mengeposkan komik-komik itu ke sini, alamatnya banyaklah dia terpaksa mengeluarkan wang pos dan kiriman.
Pertama kali membuat panggilan kepada Saudara Panaharjuna sebaik sahaja menerima pesanan ringkas dari beliau. Panggilan di sambut dengan nada ceria dari seorang sahabat Pergh yang tidak pernah saya bersua. Saya pun cukup gembira berbual dengannya mengenai dunia penulisan dan komik. Terus terang saya mengkagumi tulisan beliau. Pantaslah kalau Puan Ainon mengamanahkan beliau membimbing penulis-penulis muda dari Kelab Penulis PTS.
Sejak mula persekolahan ini, masa jadual agak ketat dan sedikit kenkangan untuk saya mengemaskini skrip. Saya banyak berterima kasih kepada Saudara Kromosom dan Saudara MF Ajif Alyridura kerana banyak membantu saya dalam projek PA itu. Dalam kesibukan mereka dengan tugas harian di tempat kerja, mereka sempat menjenguk ke pergh dot com memberikan tutorial dan tips. Sekarang ini sangat mudah untuk berhubung, tidak macam zaman 'kami' dahulu.
Sunday, January 08, 2006
Siapa hendak menjadi pelukis komik?
Melukis komik adalah suatu anugerah Allah s.w.t. kepada insan seni yang dinamakan pelukis komik. Kalau di sebelah barat di panggil “comic artist”, manakala di Jepun “mangaka” sementara di Korea pula mahua. Ada yang tersilap dengan panggilan cartoonist dengan comic artist. Kartunis adalah mereka yang melakar sketsa cerita bergambar dalam bentuk yang lebih lucu samada babaknya bersambung (sequencing events ) atau dalam bentuk loose. Manakala comic artist atau pelukis komik umumnya melakar dan melukis karekter-karekter mereka dengan lebih dinamik dari pelbagai sudut perspektif.
Pelukis komik adalah penulis senario atau jalan cerita, jurufoto, pengarah lakun layar, jurutera bunyi (menghasilkan efek bunyi)dalam filemnya di atas kertas. Pelukis komik juga adalah penerbit eksekutif , pengarah tatahias (layout) dan pengarah dialognya. Kerja-kerjanya dilakukan di atas bahunya sendiri. Amalan kerja berpasukan diamalkan dikalangan penerbit komik US, Hong Kong dan Taiwan. Penulis komik hanya menyediakan skrip komik, manakala pelukis komik (penciller) bertanggungjawab memindahkan visual di atas kertas. Manakala inker yang terdiri lebih dari seorang bertanggungjawab menyiapkan kerja-kerja meng"inking" lakaran pensel tersebut. Setengah-setengah produksi komik Hong Kong pula menggajikan pembantu pelukis untuk membuat latar belakang serta garisan-garisan efek. Nampak macam senang jadi pelukis komik di sana. Justeru itu kita dapati komik-komik US, Hong Kong dan Taiwan begitu produktif. Di sana kita mengenali raja komik Hong Kong yakni Tony Wong, Ma Wing Sing, Yap Min Fatt, Wan Yat Leung, Andy Sato dan ramai lagi Ada pelukis komik tempatan pun menimba pengalaman dengan menjadi pembantu komik di sana. Siapa mereka, penulis menyarankan supaya pembaca komik tempatan menyelidik dan mencari di mana-mana sumber. Manakala di Jepun dan Korea pula, kebanyakkannya dihasilkan secara solo. Malah ada di antara pelukis-pelukis komik ini pula mendapat kontrak daripada penggeluar permainan. Kantung mereka bertambah kembung dengan membuat kerja-kerja freelancing dengan syarikat pengeluar games. Lumayankan?
(…nanti sambung lagi)
Pelukis komik adalah penulis senario atau jalan cerita, jurufoto, pengarah lakun layar, jurutera bunyi (menghasilkan efek bunyi)dalam filemnya di atas kertas. Pelukis komik juga adalah penerbit eksekutif , pengarah tatahias (layout) dan pengarah dialognya. Kerja-kerjanya dilakukan di atas bahunya sendiri. Amalan kerja berpasukan diamalkan dikalangan penerbit komik US, Hong Kong dan Taiwan. Penulis komik hanya menyediakan skrip komik, manakala pelukis komik (penciller) bertanggungjawab memindahkan visual di atas kertas. Manakala inker yang terdiri lebih dari seorang bertanggungjawab menyiapkan kerja-kerja meng"inking" lakaran pensel tersebut. Setengah-setengah produksi komik Hong Kong pula menggajikan pembantu pelukis untuk membuat latar belakang serta garisan-garisan efek. Nampak macam senang jadi pelukis komik di sana. Justeru itu kita dapati komik-komik US, Hong Kong dan Taiwan begitu produktif. Di sana kita mengenali raja komik Hong Kong yakni Tony Wong, Ma Wing Sing, Yap Min Fatt, Wan Yat Leung, Andy Sato dan ramai lagi Ada pelukis komik tempatan pun menimba pengalaman dengan menjadi pembantu komik di sana. Siapa mereka, penulis menyarankan supaya pembaca komik tempatan menyelidik dan mencari di mana-mana sumber. Manakala di Jepun dan Korea pula, kebanyakkannya dihasilkan secara solo. Malah ada di antara pelukis-pelukis komik ini pula mendapat kontrak daripada penggeluar permainan. Kantung mereka bertambah kembung dengan membuat kerja-kerja freelancing dengan syarikat pengeluar games. Lumayankan?
(…nanti sambung lagi)
Tuesday, January 03, 2006
Pelukis Komik dan Illustrator Dikehendaki
Pelukis Komik Dikehendaki
Adakah saudara pelukis komik?
PTS FORTUNA mencari pelukis komik bagi menerbitkan edisi komik tiga buah novel pahlawan Islam iaitu Tariq bin Ziyad, Khalid al Walid dan Salahuddin Ayubi.
Komik-komik itu disasarkan kepada remaja lelaki. Sesuai dengan citasa remaja lelaki, komik-komik itu nanti banyak menampilkan babak-babak perang.
Storyboardnya sedang mula disediakan.
Saudara perlu melukis wajah-wajah orang Arab, Iran, Sepanyol, Kristian Rumawi, aksi perang berkuda dan latar belakang pandangan alam Sepanyol, Iraq, Iran dan Jerusalem.
Projek ini memberi peluang nama saudara dicetak pada kulit buku. Saudara akan berkongsi hakcipta dan royalti dengan penulis karya asal dan penulis storyboard.
Ainon Mohd. 3:21 AM
Menjelang tahun 2006, barangkali rezeki pelukis-pelukis komik berbakat dikalangan anda mengetuk-getuk pintu. Cuma perlu keberanian dan kesabaran, jadi tidaklah menjadi kesalahan bagi anda hendak mencuba nasib. Pintu PTS Millennea dan PTS Fortuna sedang dibuka luas untuk mereka menjadi pelukis komik, ilustrator hiasan kulit buku dan sebagainya. Anda boleh melakukannya secara freelance atau part time. Sekiranya berminat sila melawat blogspot Universiti Terbuka PTS atau laman web PTS Millinnea
Adakah saudara pelukis komik?
PTS FORTUNA mencari pelukis komik bagi menerbitkan edisi komik tiga buah novel pahlawan Islam iaitu Tariq bin Ziyad, Khalid al Walid dan Salahuddin Ayubi.
Komik-komik itu disasarkan kepada remaja lelaki. Sesuai dengan citasa remaja lelaki, komik-komik itu nanti banyak menampilkan babak-babak perang.
Storyboardnya sedang mula disediakan.
Saudara perlu melukis wajah-wajah orang Arab, Iran, Sepanyol, Kristian Rumawi, aksi perang berkuda dan latar belakang pandangan alam Sepanyol, Iraq, Iran dan Jerusalem.
Projek ini memberi peluang nama saudara dicetak pada kulit buku. Saudara akan berkongsi hakcipta dan royalti dengan penulis karya asal dan penulis storyboard.
Ainon Mohd. 3:21 AM
Menjelang tahun 2006, barangkali rezeki pelukis-pelukis komik berbakat dikalangan anda mengetuk-getuk pintu. Cuma perlu keberanian dan kesabaran, jadi tidaklah menjadi kesalahan bagi anda hendak mencuba nasib. Pintu PTS Millennea dan PTS Fortuna sedang dibuka luas untuk mereka menjadi pelukis komik, ilustrator hiasan kulit buku dan sebagainya. Anda boleh melakukannya secara freelance atau part time. Sekiranya berminat sila melawat blogspot Universiti Terbuka PTS atau laman web PTS Millinnea
Sunday, January 01, 2006
Mukadimmah
Assalamulaikum wbt. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat datang kepada teman-teman bloggers dan terutama peminat dan penggiat komik tanah air. Ucapan terima kasih tidak sehingga kepada teman-teman yang menyokong blog Perkasa Alam.
Masih memerlukan sokongan serta sumbangan dari teman-teman berupa artikel, pandangan dan persepsi. Sumbangan anda boleh dikirim melalui email yang tertera di footer blog ini. Artikel serta ilustrasi yang tertera di blog ini adalah pemilik penyumbang. Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)