skip to main | skip to sidebar

Seraut Pensel - Setitis Tinta - Secarik Kertas

Bicara tentang Komik Malaysia

Saturday, April 21, 2007

Bicara Kartun: Perjalanan Seorang Ujang

Sebut sahaja nama kartunis lagenda ini, ramai orang amat mengenalinya walaupun tidak kenal secara dekat namun kenal dengan karya-karyanya. Sekembalinya ke pangkuan CESB, akan memeriahkan lagu suasana aktiviti kartun dan melalui blognya JIBAM ternyata mendapat sambutan dengan komentar dan kata-kata galakan. Sungguh gamat! dibuatnya. Untuk itu saya petikan apa yang Joejenin komen di blog Jibam.
  1. jonjenin cakap:
    Gravatar

    ‘Rentetan perjalanan seni Ujang…’

    “ The only joy in the world is to begin…” Permulaan karier ujang sebagai kartunis bermula dengan kemunculan karyanya di majalah gila-gila. Lukisan kartun ujang iaitu ‘Hikayat Ujang senang’ merupakan karya yang dibawa oleh beliau ketika berjumpa en. Jaafar taib suatu ketika dulu. Namun begitu ‘Hikayat Ujang Senang’ telah disimpan untuk diperbaiki semula dan pada tahun 1985 ia telah disiarkan. Sentuhan karya ujang seakan-akan mempunyai auranya yang tersendiri.

    Bersama Majalah Gila-Gila (1983-1993). Ujang telah berkarya bersama majalah Gila-Gila hampir 10 tahun (1984-1993). Dia banyak menghasilkan karya-karya yang top semasa bersama majalah Gila-Gila. Sekaligus dia merupakan kartunis paling popular pada masa itu. Di antara karya ciptaan beliau yang sangat popular ialah Aku Budak Minang, Atuk, Jibam, Aca, Intelligent Blues Club (IBC), Usop Sontorian. Selain itu juga dia turut menulis novel iaitu Jibam, Cinta Terakhir, Fiona (tergantung tiada sambungannyer).

    Menubuhkan Majalah UJANG (1994-1997). Pada tahun 1994, Ujang meletak jawatan sebagai ketua kartunis di Majalah Gila-Gila. kemudian Ujang menghasilkan Majalah Lawak Antarabangsa UJANG dibawah penerbitan Kharisma Picture. Majalah ini telah mencungkil banyak bakat-bakat baru seperti Aie, Gayour, Nik, Bawang, Duku, Petai, Lengkuas, Ciku, Sukun dan ramai lagi bakat baru. Majalah ini menggunakan maskot karektor ‘Din Beramboi ‘ yang sebelum ini pernah beliau popularkan di majalah gila-gila sekitar tahun 1992. Din Beramboi menjadi maskot majalah UJANG sekaligus mencetuskan idea lawak yang paling gila dan terbaik di abad ini. Selama bersama majalah UJANG ini, beliau banyak menghasilkan idea-idea terbarunya seperti termuat dalam koleksi DIN BERAMBOI, kaset DIN BERAMBOI, Animasi Usop Sontorian. Setelah terbit hampir 4 tahun, Majalah UJANG telah menjadi majalah lawak No. 1 di Malaysia. Kejayaan majalah ini telah mengegarkan dunia penerbitan komik dan kartun sekaligus menarik minat banyak penerbit untuk menghasilkan pelbagai majalah kartun.

    Ujang Berpisah dengan Kharisma picture Pada tahun penghujung 1997, Ujang meletak jawatan sebagai Pengarah Penerbitan Majalah UJANG, sekaligus keluar daripada Syarikat Kharisma Picture. Secara tidak langsung juga penerbitan Majalah UJANG telah terhenti.

    Ujang kemudian menubuhkan Syarikatnya sendiri iaitu Multi Triple Vision Sdn. Bhd. Dan menerbitkan Majalah Varia Lawak sebagai saluran lawak anda. Bersama Varia lawak Ujang terus menekankan kepada aspek islamik. Ujang menukar Karektor Din Beramboi kepada Pakcik Din. Dimana karektor pakcik Din ini lebih kepada sifat orang tua yang mendidik. Segala sifat riak, bangga diri dibuang daripada karektor Pakcik Din.

    ‘Varia Lawak’ Jadi ‘Lanun’(1998-2000) Namun begitu, di saat majalah Varia Lawak baru bermula merangkak. Ujang sekali lagi terpaksa menukar nama majalah ini kepada Majalah Lanun. Ini kerana Majalah UJANG yang dulunya telah berkubur telah dihidupkan kembali oleh Syarikat Kharisma picture. Dan Majalah UJANG kembali ke pasaran dibawah Penerbitan MOY Publication yang dulunya di kenali Kharisma Picture. Ini bermakna segala watak, karektor dan apa-apa yang berkaitan dengan Majalah UJANG dahulu tidak boleh diterbitkan oleh mana-mana pihak termasuk ujang sendiri kerana segala hakciptanya adalah dibawah label MOY @ Kharisma picture.

    Sekali lagi Ujang terpaksa melupakan nama UJANG, DIN BERAMBOI, PAKCIK DIN, USOP SONTORIAN dan segala karyanya yang terdahulu semasa dibawah Kharisma Picture. Ini bermakna segala usahanya selama ini akan lenyap dan berpindah kepada orang lain. Keadaan ini telah menambah tekanan kepadanya.

    Namun begitu dia tetap meneruskan perjuangannya. Di bawah penerbitan Majalah Lanun, Ujang cuba mencipta sejarah baru. Maka muncul koleksi Kartini, Animasi Kartini (karya Tembakau), dan terbitnya Majalah kaki pancing iaitu Buletin Lubuk di pasaran. Namun begitu di penghujung tahun 2000, negara telah mengalami masalah ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan penerbitan majalah Lanun terhenti dan semua staffnya membawa haluan masing-masing. Dan kartunis Ujang turut hilang entah kemana…kehilangannya menimbulkan banyak persoalan kepada peminat-peminat ujang. Pelbagai pihak cuba mengesan ujang. Namun semuanya menemui jalan buntu bila ujang tidak dapat dikesan.

    Comeback UJANG BUDAK MINANG! Pada tahun 2002, ujang kembali semula ke arena kartun. Kehadirannya di sambut baik oleh semua peminat-peminatnya yang masih merindui karya-karya beliau. Kali pertama muncul ujang tampil dengan majalah Ujang Budak Minang. Disini ujang cuba menjelaskan kepada masyarakat tentang misteri kehilangannya daripada arena kartun. Ujang budak minang merupakan satu konsep majalah yang cuba memenuhi kehendak semua tahap pembaca iaitu dari kanak-kanak hingga ke pada peringkat dewasa. Majalah ujang budak minang ini lebih menggunakan cara-cara psikologi, ilmu jiwa dan spiritual. Namun entah kenapa majalah Ujang Budak Minang hanya sempat menemui pembaca satu keluaran sahaja.

    Majalah Malim Pelita. Pada julai 2002, muncul pula majalah malim pelita di bawah penerbitan arena 2000 Sdn. Bhd dengan kerjasama Triple vision enterprise. Malim pelita ini seakan-akan merupakan satu kesinambungan kepada Majalah ujang budak minang. Ramai kartunis yang turut sama bergandingan dengan ujang bersama majalah malim pelita, antaranya ialah kartunis aie, boy pj, padi, bendi, aedes,eicak, dzun nun,jakall, a’an, soya, lanzent,cron, azam de crow dan kumpulan lalaq. Dibawah penerbitan arena 2000, muncul juga majalah kartun lain seperti Lalaq, Desparedo, aku dan sesuatu, tnt, buletin lubuk, urban comic, kepoh boy. Setelah menemui peminat dalam beberapa keluaran majalah Malim Pelita tiba-tiba diberhentikan penerbitannya.

    Ujang berlakon la pulak. Percaya atau tidak, satu perkara yang membuktikan bahawa bakat ujang bukan pada satu kemahiran sahaja. Ujang boleh dikatakan kartunis berbakat besar dalam semua lapangan seni. Ujang yang sebelum ini pernah muncul dalam filem ‘Yes Tuan’ dan sitcom camni camtu. Kini kembali dengan berlakon dalam telemovie ‘POYO’. Telemovie ini menampilkan juga beberapa kartunis lain seperti boy pj, A’an budak baik, taugeh, soya, cik li, kunyit, dan beberapa kartunis lain. Telemovie ini mengisahkan gelagat beberapa kartunis di bawah satu syarikat penerbitan. Telemovie ini diterbitkan oleh Gala picture.

    Ujang join Majalah g3. Namun begitu kerinduan ujang untuk berkartun terus membuak-buak. Kali ini ujang tampil sebagai kartunis tamu di majalah g3. majalah g3 merupakan majalah humor terbitan karangkraf sdn. Bhd. Majalah g3 dikelolakan oleh kartunis gayour dan beberapa kartunis lain seperti padi, kobis bunga, cactus dan beberapa kartunis lain yang sebelum ini pernah tampil bersama Majalah UJANG. Karya ujang mula menemui peminatnya pada keluaran g3 bermula isu 11 dengan siri kartun realiti g3 buletin lubuk. Setelah muncul untuk beberapa keluaran dalam majalah g3 kartunis ujang kembali kepada Creative Enterprise iaitu penerbit Majalah Gila-gila.

    JIBAM KEMBALI mengganggu hidup anda!!! Setelah sekian lama mengembara dan mengutip banyak pengalaman ujang kembali ke pangkuan gila-gila. Kemunculan ujang dalam majalah gila-gila seakan-akan memberi kekuatan baru kepada Majalah gila-gila. Kehadiran ujang ini turut memberi ruang kepada peminat-peminatnya untuk terus menatap karya-karya ujang. Ujang terus melakar sejarahnya yang tersendiri dengan kemunculan filem JIBAM. Filem JIBAM adalah adaptasi daripada karya novel ujang semasa di bawah penerbitan creative enterprise. Filem JIBAM adalah filem terbitan JAJA production. Untuk mengetahui segala-galanya tentang JIBAM marilah join blog JIBAM ini…. “ There will be a time when you believe everything is finished. That will be the beginning…”

    Nota gusi : Jika terdapat sebarang kesalahan fakta diharap Bro. Ujang dapat membuat pembetulan. ‘Yang buruk datang daripada saya dan yang baik itu daripada ALLAH S.W.T.’

    on April 21st, 2007 at 10:17 am

Posted by Kalamtimur at 4/21/2007 07:20:00 PM 3 comments:

Friday, April 13, 2007

Bicara Kartun:

Percaya atau tidak, animasi tempatan telah diterima di peringkat antrabangsa? Laporan MCDeC telah pun disiarkan melalui akhbar. Ini menandakan kartun dan animasi sentuhan tempatan tidak kurang hebat, lihatlah anugerah yang diperoleh oleh animasi Saladin. Zainal Buang Hussin, seorang kartunis tersohor (bekas Presiden Pekartun) teah kembali berkarya dengan novel grafiknya, Gundah. Berikut ialah posting Jonos di Ali Ba Ta Duniaku.

Bekas presiden Pekartun iaitu kartunis yang disegani ramai, Haji Zainal Buang Hussein adalah diantara pelopor majalah Gila-Gila terbitan kumpulan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) dan banyak menghasilkan ilustrasi kulit majalah tersebut di awal pembabitannya. Beliau juga turut menghasilkan kartun 'Kutu' bagi akhbar Utusan Malaysia untuk beberapa tahun secara bersiri hingga menjadi kompilasi terbaik beliau. Beberapa novel kreatif juga pernah dihasilkannya. Kini, Haji Zainal Buang Hussein bakal kembali beraksi dengan novel grafiknya 'Gundah'. Karya Haji Zainal sudah pastinya dinanti-nantikan peminat dunia kartun tanahair. Lorekan halus disetiap karya hasil tangan Haji Zainal dalam kartun mahupun karikatur buat ramai peminat serta rakan seperjuangan terpegun setiap kali melihatnya. Dari situ dapat dilihat betapa telitinya Haji Zainal apabila menyiapkan sesuatu yang bakal dipertonton kepada pembaca. Selain melukis kartun, karikatur, ilustrasi dan menulis novel, Haji Zainal juga merupakan seorang pelukis catan. Menjengah ke rumah beliau pada pertengahan tahun 2006 membuatkan aku rasa seperti ke sebuah galeri. Di dinding ruang tamu rumahnya dipenuhi lukisan-lukisan yang cukup indah. Bila dihayati ternyata Haji Zainal merupakan seorang yang amat mementingkan kualiti pada setiap karyanya. Tidak hairanlah jika segala hasil kerja Haji Zainal masih diminati, diingati dan digilai hingga kini kerana kualiti dan ketelitiannya. Sama-sama kita nantikan kemunculan 'Gundah' dipasaran kelak.

Posted by Kalamtimur at 4/13/2007 06:53:00 AM No comments:

Saturday, March 17, 2007

Bicara Komix: Ujang Kembali Berkarya

Ujang telah kembali berkarya dengan kartun-kartun Atuk dan Cucunya yang menghiasi muka depan dan majalah Gila-Gila. Peminat-peminat komik dan kartun tanahair telah lama menanti Ujang ke gelanggang kartun. Ujang telah membuktikan dia masih lagi diterima peminat-peminatnya melalui karya-karyanya dengan majalah g3 tahun lepas. Ujang turut menyumbangkan ilustrasi untuk naovel grafik Nambai terbitan Ameeen Serve Holdings.
Posted by Kalamtimur at 3/17/2007 10:56:00 PM No comments:

Friday, October 27, 2006

Tiada waktu berbicara

Bicara kali ini adalah menjenguk blog yang sudah lama tidak dikemaskini. Lantaran terlalu sibuk dengan melihat dan menceceh hasilkerja orang lain. Hilang fokus sebenar, skrip komik Perkasa Alam sudah lama tidak diperbaiki. Cuti awal seminggu dari penjawat-penjawat awam lain pun tidak memberi ruang dan kesempatan untuk membuka fail-fail Perkasa Alam untuk diperbaiki. Ruang-ruang yang ada persis mencemburui waktu. Kesempatan yang terbatas itu dipergunakan untuk menilai komik-komik yang sedia ada dipasaran. Rakan-rakan penulis muda lain telah pun maju kehadapan. Syabas diucapkan kepada mereka yang sudah berjaya memecahkan tembok air batu.
Posted by Kalamtimur at 10/27/2006 08:25:00 PM No comments:

Saturday, July 29, 2006

Bicara Komix: Kompilasi Kartun-kartun Lama

Karnival Buku Terengganu, yang berlangsung selama 24 hingga 29 Julai 2006 terasa sepi macam Laman Seni di Jalan Tun Razak. Saya sempat pergi ke Stadium Negeri itu 3 kali untuk meninjau( sebenarnya mengumpul semula koleksi kartun lama CESB). Barangkali tidak ada apa yang saya hendak tulis untuk entri kali ini. Koleksi kartun zaman kegemilangan allahyarham Rejabhad, Reggie Lee, Ujang, Boy PJ dan Grup GG, Fatah Ngah, Lee Inas, Asan nampaknya masih lagi dijual. Masih lagi relevan untuk dibaca dan saya masih tersenyum simpul membaca coretan Mansasau Minah Leter dan Lat di bahagian prakata buku-buku kompilasi kartun kartunis-kartunis itu. Kaunter Creative Corner cawangan Kuantan hanya mempamerkan novel-novel terbitan CESB dengan potongan harga dari 20 % hingga 30%. Manakala kompilasi buku-buku kartun pada 50%. Kopak juga saya sebelah tangan. Cuma gak terkilan, kompilasi kartun Don, Pendekar Mate Tiga dan Dan Din Don tidak ada lagi dalam jualan. Buku-buku kartun allahyarham Rejabhad PMG dan Selendang Rugayah, koleksi Ujang dan Aca oleh Ujang dan karya kartunis seperti Ambo, Kulat, Cik Li, Ramzahurin masih lagi segar walaupun sebahagian besar kertas-kertas kompilasi buku-buku sudah pun naik kuning. Fuhhhhhhh.
Posted by Kalamtimur at 7/29/2006 07:09:00 PM No comments:

Tuesday, July 25, 2006

Bicara Komix: Kolobrorasi

Dua tiga hari yang lepas, seorang sahabat yang jauh lebih muda dari usia saya meninggalkan pesanan di peti suara blog saya. Seorang penggiat komik dan sekali gus menjadi ilustrator SKK, seorang jurutera muda yang amat meminati komik dan kartun dan pernah mengeluarkan zinenya sendiri. Kalau dilihatkan dari lakaran-lakaran awalnya saya cuba mengimbau kembali sejarah seorang pelukis dan kartunis- Ujang, di zaman Gila-Gila. Lukisannya simple dan strokenya amat diminati oleh remaja masa itu. Saya berpendapat, approach dan gaya lakaran dan dan stroke jurutera muda boleh pergi lebih jauh. Dan, saya melihat kesungguhan itu melalui SKK1 dan perubahan-perubahan itu berlaku sedikit demi sedikit. Hari Sabtu yang lalu, kartunnya disiarkan dalam slot SENDAL di harian Kosmo! Pelukis ini sedang berada di kejaran masa menyiapkan ilustrasi dan komik untuk SKK2, karya Ahmad Zafran Mutalib. Ujang yang berkoloborasi dengan Aie menghasilkan karya "bestseller" sewaktu berada di bawah bumbung Kharisma Publications, berjaya memukau pembaca dengan jalan cerita yang berkesan. Nuriazam Ismail pula dengan karya mereka terbaru bersama S. Iskandar - Ku Takluki Angkasa Dengan Roket Gabus. Difahamkan, Nurie akan berkoloborasi dengan Madstone. Check it out, soon.
Posted by Kalamtimur at 7/25/2006 07:43:00 PM No comments:

Sunday, July 09, 2006

Bicara Komix: Komik Lama

Syukur dalam demam dan retorik bola sepak yang bertaraf dunia World Cup Fifa 2006 telah pun tamat. Penulis tidak boleh hendak mengulas panjang sebab penulis tidak begitu arif pasal bola sepak, kakibangku lah dikatakan. Dalam bicara komix kali ini, penulis ingin mengimbau nostalgia pengumpul komik Melayu lama. Alangkah bertuahnya kalau ada individu atau pihak swasta tampil untuk berkongsi bersama mengenai koleksi komik-komik Melayu dari tahun 1960an hingga ke 1990an. Usaha tersebut telah berjaya dilaksanakan oleh arwah Pak Rejabhad. Dikatakan banyak koleksi komik-komik Melayu dan majalah Filem Melayu. Khazanah terebut sebenarnya boleh dijadikan bahan sejarah dan rujukan kepada pekomik-kartunis generasi sekarang dan akan datang. Ramai pengkumpul komik masih mempunyai komik-komik mereka dan ada koleksi mereka masih disimpan dengan baik. Ada pula sudah "hilang" dan sudah dimakan oleh anai-anai. Sayang sekali, komik-komik koleksi penulis telah hilang. Dimanakah ku ingin cari ganti? Di antara puluhan pekomik-pekomik yang bergiat cergas dari tahun 196oan hingga 1990an, yang paling penulis ingat karyanya ialah Halim Teh dengan siri Keris Berpuaka yang diterbitkan oleh Sinaran Bros. Alias Kulup atau Sailawati pun banyak juga berkarya, tetapi penulis tidak mengingati suatu pun karyanya. Penerbitan komik oleh Sinaran Bros kemudiannya diambil alih oleh Penerbitan Solo di Geylang, Singapura. Komik-komik terbitan syarikat ini didominasikan oleh S.Zain. Pun begitu, Penerbit Buku Fargoes, mengambilalih dengan membawa masuk komik-komik Indonesia. Fargoes, waktu itu amat terkenal sebagai pembekal buku-buku perpustakaan kanak-kanak. Buku-buku terjemahan Enid Blyton seperti Secret Seven , Famous Five dan siri Nancy Drew dan Hardy Boys menjadi buku kegemaran ramai. Kekuatan yang ada pada pelukis komik S.Zain ialah story telling dan strokenya. Barangkali S.Zain banyak membuat rujukan melalui bacaan buku-buku dari luar negara. Strokenya cukup memberi kesan. Mood yang sering ditampilkan dalam komik-komiknya ala thriller. Cerita yang meninggalkan kesan kepada penulis ialah Dosaku yang mengisahkan dua beradik kembar seiras. Kemelut perebutan harta warisan datuk mereka dan cinta tiga segi membuat salah seorang dari adik beradik kembar ini membunuh saudaranya lalu menyamar sebagai pewaris yang telah dimanah menerima harta melalui amanah hartaraya. Si pembunuh akhir tidak dapat membendung "dosanya' dan akhirnya terbongkar kegiatannya apabila pihak polis menjumpai mayat yang diikat dengan rantai dan batu di dasar sungai, cerita CSI Melayu tahun 1960an.
Posted by Kalamtimur at 7/09/2006 11:52:00 PM No comments:

Monday, June 26, 2006

Bicara Komix: Aspirasi dan Inspirasi II

Tidak keterlaluan jika dikatakan pelukis komik mendapat ilham atau idea dari sekitar dan kerangka waktunya (time frame). Jika pelukis komik dan pelukis kartun itu berada di zaman populariti sinema, maka ilham jalan cerita dan karakternya berkisar dengan intipati layar putih. Cerita-cerita berbentuk hikayat, kepahlawanan, peperangan, penyiasatan dan kemasyarakatan menjadi pilihan utama sewaktu sinema dan televisyen skrin hitam putih memainkan peranan. Ketika mendiang Bruce Lee berada di puncak kejayaan, ikon tersebut menjadi ikutan samada di dalam filem, video serta komik dan kartun. Ikon kepahlawanan Indonesia seperti Si Pitung, Jaka Sembung dan lain-lain turut memberi ilham kepada pelukis komik serantau. Ketika filem-filem seram menakluki pawagam-pewagam serantau, komik tempatan dan dari luar tidak berkecuali mendapat tempiasnya. Tokoh-tokoh komik Malaysia/Singapura yang turut menggunakan idea/ilham cerita seram seperti allahyarham A.Rahim B. Tidak ramai yang tahun tokoh bangsawan/teater ini adalah seorang pelukis komik yang prolifik. Saya masih ingat kata-kata SiNaga-Naga (pemilik blog SiNaga Origami), habis tangan hitam selepas baca komik seram A.Rahim B. Ini kerana dakwat hitam cetakan komik tersebut terlekat pada tangannya. A.Rahim B bukan sahaja hebat di atas pentas teater dan sandiwara, malahan cerita komiknya turut sama memberikan impak kepada pembaca. Warna suram dan gelap adalah latar cerita yanng bergenre seram. Kalau filem-filem barat menonjolkan cerita tentang Werewolf iaitu serigala jadian, allahyarham juga mempunyai cerita komik yang lebih kurang sama. Arham atau Raja Hamzah (Raja Komik Malaysia) pun turut mewarnai kegelapan malam dalam genre cerita-cerita seram lewat majalah RINA dalam tahun-tahun 80an. Barangkali ada dikalangan pembaca masaih teringat dengan cerita-cerita komik yang seram bukan? Adakah werewolf dan lycans dari spesies yang sama? Dalam RPG dan wayang werewolf, lycans dan vampire turut menjadi subjek dan tema. Dewasa ini, zaman telah berubah. Permainan melalui talian internet yang puluhan malahan ribuan jenis mudah diakses. Samada dalam bentuk cd, vcd maupun dvd yang canggih yang dibangunkan demikian rupa dalam bentuk animasi 3D. Pelukis-pelukis komik dan kartun boleh sahaja menjadikan permainan online itu sebagai platform untuk menghasilkan cerita komik serta karakter-karakter mereka. (more..) (more..) Oleh yang demikian, berlakulah sekarang jalan cerita komik yang berlatar belakang hikayat, kepahlwanan tempatan tidak lagi mendapat tempat dikalangan pembaca. Yang kita lihat sekarang ini jalan cerita dan karekter kebanyakan berorientasikan nagara matahari terbit. Sayugia, kebanjiran dan kemasukan komik-komik dan anime Jepun bukan sahaja memberi kesan kepada perkembangan komik tanah air, malahan negara jiran Indonesia pun turut merasai tempiasnya.
Posted by Kalamtimur at 6/26/2006 06:48:00 PM No comments:

Thursday, June 22, 2006

Bicara Komix: Aspirasi dan Inspirasi

Apakah komik-komik Melayu akan kembali di persada seperti di tahun-tahun 60an hingga 70an? Satu persoalan yang sukar dijawab tetapi itulah harapan dan aspirasi dalam sanubari penggiat komik dan kartun dewasa ini. Kebelakangan ini, saya rasa dan nampak satu kecederungan itu yang akan akan mengubah keadaan. Cuma memerlukan sedikit masa walaupun terpaksa berhadapan dengan pengaruh luar. Melawati blog Urban Comics, memberikan saya semangat untuk menulis disini. Apalagi mereka merupakan aspirasi untuk memulihkan idealisme Komik Malaysia. Ketika majalah separa komik "FANTASI" masih lagi bernafas, ramai dikalangan pelukis komik dan penyumbangnya mempunyai sentuhan mereka yang tersendiri. Di antara bakat-bakat besar ketika itu ialah Jalilani Abu Hassan, Ahmad Kamil, Niezam, POT Jr. , Weman, Jimmy Kong, Baba Chuah selepas pekomik-pekomik dan pelukis-pelukis yang mempunyai nama besar seperti Azman Yusof, Mohas, Jaaafar Taib dan sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Kenapa saya mengatakan majalah itu separa komik, jawapannya ialah FANTASI menseimbangan isi kandungannya yang dihidangkan bersama artikel, karya berupa catan, tekstil, senibina dll. Anak muda yang turut menggerakkan Urban Comics terdiri dari Azhar, Aim, Kromosom, Milx, Adijin, Usenohook,White dan beberapa orang pelukis berbakat yang lain seperti Joker IX, Mafia, Zul Lee yang mempunyai sentuhan tersendiri. Insya Allah, dalam masa terdekat ini mereka sedang merangka satu projek besar. Kita tunggu dan lihat kejutan yang bakal mereka lakukan. Majulah KOMIK MALAYSIA, adalah wajarnya kita menampilkan wajah dan identiti Malaysia dalam komik dan kartun tempatan. Setakat ini dulu, nanti saya update lagi.
Posted by Kalamtimur at 6/22/2006 02:05:00 AM No comments:

Friday, May 26, 2006

Bicara Komix: Apabila Alif Menulis Part II

Dua hari yang lepas saya ada menyebut tentang satu nama ini dalam entri saya, Alif. Saya rasanya khalayak pembaca dan pelukis tentu tidak asing lagi dengan nama ini sejak-sejak akhir ini. Beliau tidaklah sepopular Siti Nurhaliza atau Mawi , tetapi amat meminati lagu-lagu Siti dan rambutnya sewaktu saya berjumpa dengan beliau pada tahun 2003, rambut Alif mendahului Mawi, sebabnya Mawi belum lagi memasuki pertandingan AF. Petang kelmarin, saya sempat mencapai Megi Itik dan Untuk Shampoo dan membelek-beleknya lagi sambil duduk memerhati anak-anak kucing saya di dalam sangkar. Terlintas di hati saya untuk mengimbas kartun-kartun stripnya yang bertajuk Budak, Big Ugly dan sebagainya. Alif, amat meminati Matt Groening, C.W. Kee selain guru kartunnya Allahyarham Rejabhad. Hari ini Berita Harian telah menyingkap disebalik tabir saudara Alif, seorang anak muda yang peka terhadap dunia sekitarnya yang digarap melalui pengalaman masa lalu di dalam novel dan kartun stripnya. Kini beliau merupakan penulis muda yang tekun menghasilkan kedua-dua bidang yang amat diminatinya. Untuk itu marilah kita ikuti temubual wartawan Berita Harian, Siti Nursuhada Masri dengan Alif.

Bicara Pengarang: Dunia nomik Alif Firdaus Azis

Oleh Siti Nursuhada Masri
Bagaimanakah Alif Firdaus Azis boleh berkecimpung dalam dunia penulisan?
Saya sebenarnya seorang pelukis dan bermula dengan melukis kartun untuk komik. Pembabitan saya dalam bidang penulisan adalah secara tidak langsung. Saya menerima dorongan daripada seorang rakan yang kebetulan sedang mencari pelukis untuk kulit depan bukunya. Saya mengikuti rakan saya itu menghadiri bengkel penulisan. Bermula dari bengkel terbabit, timbul minat untuk menulis. Selain daripada bengkel penulisan terbabit, apakah Alif ada mengikuti bengkel lain bagi memahirkan diri dalam bidang ini? Selain daripada bengkel terbabit, saya sudah menimba pengetahuan dalam dunia penulisan ketika di alam persekolahan. Ketika di Tingkatan Satu hingga Tingkat Tiga, saya ada mengikuti bengkel melukis kartun. Daripada bengkel terbabit, saya didedahkan dengan cara melukis kartun untuk sesebuah cerita. Bengkel terbabit lebih menekankan penyampaian cerita. Dalam lukisan kartun, cerita disampaikan secara visual manakala dalam penulisan, kisah disampaikan secara naratif. Berapa lamakah masa yang diambil oleh Alif untuk menghasilkan sesebuah buku? Tidak tentu. Penghasilan sesebuah buku bergantung kepada jalan ceritanya. Sekiranya membabitkan penyelidikan dan memerlukan banyak imaginasi, ia akan mengambil masa agak lama tetapi sebaliknya, jika berdasarkan pengalaman sendiri. Siapakah idola Alif dalam dalam dunia penulisan? Zaman persekolahan saya gemar membaca novel Ahadiat Akashah. Kini, saya gemar membaca karya JK Rowling iaitu Harry Potter. Saya mengagumi cara pengolahan jalan cerita dan idea pengarang terbabit. Semangat beliau untuk berjaya menjadi inspirasi kepada saya. Beliau gigih untuk berjaya dengan menghantar karyanya dari satu penerbitan ke satu penerbitan. Walaupun karyanya ditolak, beliau tidak berputus asa. Berbanding dengan beliau, cabaran yang saya hadapi terlalu jauh berbeza. Selain daripada Alif, siapakah lagi ahli keluarga yang turut terbabit dalam dunia penulisan? Hanya saya seorang terbabit dalam dunia penulisan. Saya hanya menyedari bakat saya dalam dunia penulisan secara kebetulan iaitu selepas mengikuti bengkel penulisan. Bermula dari bengkel berkenaan, saya terdorong untuk terus berkarya. Apakah karya sulung Alif dan bagaimana mendapat ilham? Karya saya yang pertama adalah kartun strip tiga petak yang dimuatkan dalam majalah Gila-Gila terbitan 1 Januari 1999 manakala novel pertama saya adalah Untuk Syampoo terbitan PTS Publications & Distributions Sdn Bhd. Saya mendapat ilham menghasilkan novel itu selepas pulang dari bengkel penulisan dan catatan diari saya diolah menjadi nomik. Saya mendapat tunjuk ajar daripada pengurus PTS, Ainon Mohd. Ainon memberi panduan agar mengolah pengalaman diri menjadi cerita yang menarik. Untuk Syampoo mengisahkan budaya hidup pelajar di asrama. Novel ini menampilkan watak Alif yang lari daripada alam persekolahan biasa dan masuk ke asrama serta tidak berminat dalam bahasa Inggeris. Di asrama, Alif meminati pelajar kacukan Inggeris Melayu yang digelar Syampoo. Alif yang ingin lari daripada bahasa Inggeris, akhirnya bertambah dekat dengan bahasa berkenaan semata-mata untuk memikat Syampoo. Secara keseluruhan dapat dilihat melalui ketiga-tiga novel Alif ini, remaja menjadi sasaran. Mengapa? Sebenarnya, ketiga-tiga tulisan saya itu berdasarkan idea yang diperoleh pada waktu itu. Saya tidak pernah mengkhususkan karya saya untuk khalayak tertentu. Biasanya editor yang menerima karya akan menentukan genrenya. Mungkin faktor jiwa yang menyebabkan saya hampir kepada remaja selain pengalaman diri. Misalnya dalam ketiga-tiga novel saya itu, kebanyakannya mengisahkan kehidupan remaja seperti di asrama. Karya saya yang masih dalam proses penulisan bertema fantasi dan lebih berat, sesuai untuk lewat remaja dan awal dewasa. Apakah gaya pengkaryaan Alif? Oleh kerana saya bermula sebagai seorang pelukis animasi, saya gemar memasukkan lukisan komik dalam novel saya. Misalnya dalam Rahsia Firdaus, jalan cerita dua bab terakhir novel terbabit, saya sampaikan melalui lukisan komik. Saya lebih berminat membawa tema berunsur pengajaran dan cerita remaja kerana ia dekat dengan saya. Apakah perancangan masa depan Alif dan karya terbaru? Saya dalam proses menyiapkan komik Orang Kuat yang mengisahkan super hero yang berbentuk humor. Insya-Allah, ia akan diterbitkan pada bulan lima dan kini masih diedit. Projek terbaru, saya terbabit dengan kumpulan yang sedang dalam proses menghasilkan cerita bertema fantasi seperti The Lord of The Ring dan akan diterbitkan dalam 99 versi dan kini 25 peratus siap. Kisah ini lebih berat dan sesuai untuk khalayak lewat remaja dan dewasa. Saya bercadang menghasilkan karya lebih baik pada masa depan dan terus bergiat dalam dunia penulisan. Profil: Alif Firdaus Azis Nama Pena: alifstyle Tarikh Lahir: 13 Februari 1984 Tempat Lahir: Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Pendidikan: Institut Kemahiran Mara Petaling Jaya (Kejuruteraan Elektronik HND), Kolej Yayasan Melaka (SPM dan SKM) Pencapaian: Pemenang keempat Lukisan Potret di Balai Seni Lukis Negara (2005), dicalonkan Festival Pelajar Malaysia 2004, Pemenang Peraduan Seni Lukis Conan (2004), Juara Pertandingan Melukis Majalah Din Lawak (1998) dan Juara Pertandingan Melukis Sek Men Bandar Sunway (1998) Karya komik: Novel Grafik Orang Kuat (2006), Umbra (2002-2005), Mato-mato (2003-2005), VCD animasi- Sketsa (2004), Fanzine Megi Itik (2003), Kartun Strip Gila-Gila (1999-2002), Fanzine Bersama Aerol (1999) dan Fanzine Bersama Buck Shot (2002) Penulisan: Rahsia Firdaus (2006), Untuk Syampoo (2006) dan Bergaduh dan Menari (2006) 27 Mei 2006
Posted by Kalamtimur at 5/26/2006 05:43:00 PM No comments:

Wednesday, May 24, 2006

Bicara Komix: Inspirasi

Ahaks, semalam Alif masuk blog Perkasa Alam. Tegurannya di shoutbox, Seraut Pensel tidak di update. Ternyata, sukar saya hendak menjawab sebab tiada idea untuk diletakkan di sini. Dalam masa yang sama saya sudah berusaha untuk menyiapkan Episod 2 Perkasa Alam. Sambil itu kesempatan yang ada, saya menjenguk forum PTS Millennia dan group IACAScW. Nampaknya selepas perjumpaan dan konferens CEDKOGAN KARTUNING ini, kartunis dan pelukis komik IACAScW tampil untuk memeriahkan lagi komik tanah air. Melting Pot merupakan buah tangan mereka, mengingatkan kembali APAzine. Selain itu, saya tertarik dengan projek komik Marvel, Daughters of Dragon. Di sini saya, pautkan tulisan Matt Brady dan mengenai pelukisnya Khari Evans yang diipetik dari blog Newsrama. Daughters Of Dragon#1 Daughters of Dragon#2
Posted by Kalamtimur at 5/24/2006 10:16:00 PM No comments:

Friday, March 10, 2006

Bicara Komix: Apabila Alif Menulis

Seorang yang berbakat tidak harus mempersiakan bakatnya samada dalam penulisan atau melukis kartun. Antara pelukis yang berbakat besar dalam penulisan selain dari melukis kartun ialah anak didik Allahyarham Rejabhad. Malah lebih ramai yang berkeinginan hendak menjadi pelukis kartun sewaktu GG berada di pucak kejayaan. Pelukis dan penulis itu ada menyebut di dalam blognya Cartoonrama. Bacalah apa yang ditulisnya. Selain daripada itu, diluar sana ada lagi pelukis dan penulis yang berjaya menerbitkan novel grafiknya yang diberi judul Mambo di Kuale. Penulis tersebut ialah Nurazmi. Novel grafik pertama Nur Azmi terbitan ameen serve Holdings. Ini merupakan "masterpiece" Nur Azmi. Dan karya yang lari dari aspek konvesional penceritaan komik Melayu. Ini adalah buah tangan dan terbaru dari artis semuda Nur Azmi.
Posted by Kalamtimur at 3/10/2006 05:50:00 PM No comments:

Tuesday, January 31, 2006

Bicara Komix: Stroke Yang Evergreen

Setiap orang diberikan buah fikiran yang di panggil otak. Barangkali saya ini tergolong daripada orang yang menggunakan otak sebelah kanan. Kata pakar motivasi mereka yang menggunakan otak sebelah kanan adalah tergolong dari mereka yang meminati seni. Seni itu banyak cabangnya. Ada seni muzik, seni tari, seni drama, seni arca, seni ukir, seni anyaman, seni lakon, seni lukis dan sebagainya. Saya tidak tahu kenapa saya begitu cenderung membaca komik dan kartun. Saya masih ingat kata-kata emak saya yang saya ini suka mengutip cebisan surat khabar. Surat khabar yang saya kutip itu ada mengandungi kartun Nancy oleh Ernie Bushmiller. Bila menyebut kartun Nancy, saya terpanggil untuk menulis sesuatu mengenai kartun dan komik yang bersifat evergreen. Walaupun sudah melebih 30an, kartun dan komik itu masih diminati ramai. Komik dan kartun yang bersifat evergreen ini bersifat universal contohnya kartun Mickey Mouse, Donald Duck, Doraemon, Flintstone, Tarzan, Superman, Batman dan banyak lagi. Di Malaysia sendiri, kita jangan melupai kartun-kartun Datuk Lat yang telah mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Karekter Tarzan telah sekian lama bergayut dari dahan ke dahan semenjak tahun 1912 lagi.Karekter tersebut yang direka oleh Edgar Rice Burroughs, dengan bangganya menjadi idola sbahagian besar penduduk dunia lebih dari satu abad sejarah Tarzan sebagai watak "ape-man" dalam majalah dan buku,filem dan rancangan radio, komik dan rangkaian kedai permainan, dan akhirnya dalam animasi klasik Disney . Edgar Rice Burroughs dikenali kerana merekacipta watak Tarzan. Beliau juga menulis pengembaraan yang cemas di planet-planet lain dan juga dunia yang hilang serta peradabanya. Kartun Datuk Lat kalau dilihat dari segi mata kasar, strokenya sangat simple denagn sentuk berus dan dakwat. Secara ikhlas strokenya boleh dipukul habis oleh pekomik-pekomik generasi baru. Tetapi mengapa strokenya itu masih disukai ramai? Jawapannya mudah, stroke kartun yang dipelopori oleh seseorang pelukis dan kartun itu ialah sebagai trademark pelukis dan kartunis tersebut. Semasa kegemilangan GG, kita didedahkan pelbagai stroke kartun yang melekat dihati pembaca. Pelukis kartun atau kartunis yang menyumbangkan kartun untuk GG boleh dibahagikan kepada 3 generasi.Pembaca dapat mengenali dengan jelas stroke Jaafar Taib (Kalau dan Jungle Jokes), Zainal Buang Hussin , Mishar, Rejabhad (Pewira Mat Gila), Nan (Ayop Anak Tulakang), Imuda , Don (Dan Din Don), Kerengge (3 segi 4 segi), Fatah (A.Mahmud), Zamri Abu, Long Jaafar (Hantu Orang), Reggie Lee ,Tarzidi (Tarzan), Raz serta lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama yang ingat sahaja dengan seribu kemaafan.) Generasi kedua didokong oleh Ujang(Aku Anak Minang), Zunar, Boy PJ, Cabai(3 Dara Pingitan), Kulat(Mat Metal dan Malaya Blues), Ambo, Roslim, Rasyid Asmawi (From Taiping With Love) manakala generasi ke 3 majalah GG pula terdapat Aloy, Azhar Senapon, Nat, Jibat, Ida, Ram Julie dan diperkuatkan lagi dengan kartunis Asan, Cabai (generasi ke 2) dan Long (generasi pertama) Saya hampir terlupa nama-nama kartunis yang baru-baru kerana baru kebelakangan ini saya menyemak semula GG ini. Di MOY Productions, saya merasakan terdapat gelombang baru yang ditonjolkan oleh pelukis-pelukis komik dan kartun yang dipimpin oleh Sdr. Rodin. Nama-nama seperti She, Pac, Jakalll, Gecko dan VKey tampil dengan stroke yang tersendiri. Majalah Lawak Antarabangsa APO? dan abang kandungnya UJANG pula menampilkan Petai dengan stroke ala Sergio Arrogenes. Nik, Manggis , Sireh, Rambai, Lambok, Duku, Sagu, Belitong, Pandan, Spider, Cendol dan Chang tidak kurang hebatnya. Penghijrahan Gayour,Jambang, Ubi, Rudy, Kopi, Keladi, dan Kobis Bunga ke penerbitan baru G3 memeriahkan lagi serta mewarnai kartun dan komik Malaysia. Stroke mereka ternyata evergreen disulami dengan lawak. Kehadiran Sarah, Zale, Komasutra, Cutevirus mempelbagaikan hidangan kmomik dan kartun tanah air dengan diperkukuhkan kartunis dan pekomik seperti Aedes, Ujang dan Aie. Saya cuba menggali info tentang kartun evergreen bertaraf antarabangsa contohnya PEANUTS. Populariti karekter Peanuts ternyata merentasi benua tanpa sempadan. POPULARITI "PEANUTS" TIADA SEMPADAN JEPUN Lebih daripada 200 pemegang lesen. Daya tarikan dan Snoopy Studios menjadi popular di Universal Studios Japan. Kedai Permainan Snoopy yang Esklusif disediakan oleh Lalaport mempamer dan menjual produk Peanuts: 8 gedung, 3 kiosks, 2 kedai mini Barangan cenderahati bertemakan Peanuts kepada pelanggan baru Sankei Shimbum (sebuah akhbar Jepun yang utama) Stesen kabel tv TXBB (TV Tokyo Broad Band) menawarkan kepada lebih 700,000 pelanggan untuk mengakses strip kartun harian, quiz, fakta dan info Kehadiran karekter Peanuts di ANA's Resorts Campaign. Snoopy & ANA - 23 tahun dan masih diteruskan 20% daripada pelajar sekolah rendah di Jepun, hampir 1,400,000 kanak-kanak, menggunakan buku latihan yang dikeluarkan oleh Kyoiku Dojinsha di mana karekter Peanuts muncul sebagai sebagai pemandu arah Promosi McDonald dalam bulan Jun 2005 ASIA Lebih daripada 270 pemegang lesen McDonald’s Happy Meal - promosi sepanjang tahun 2007 Kempen dan promosi pengiklanan MetLife pan-Asia sehingga tahun 2012 Siaran TV Siri Peanuts di China, Thailand dan Indonesia Sambutan promosi dan Ulangtahun Bersama ke 55 dengan gedung-gedung Watson pan-Asia Penjagaan kulit dan kosmetik Peanuts di China Snoopy dijadikan duta "2005 Philatelic Ambassador" untuk "Hong Kong Post" Jenama Peanuts disemua rangkaian pusatbeli belah pakaian dan akseksori di China dan Taiwan Snoopy Fun Fun Garden, sebuah taman tema seluas 40,000 meter persegi dibuka pada musim salji pada tahun 2005 di Wilayah Guangdong, China AUSTRALIA/NEW ZEALAND TV: ABC Australia Pakaian tidur dan pakaian dalaman serta apparel anak gadis di semua gedung yang besar Peanut dijadikan duta untuk sambutan ulangtahun ke 55 Kid’s Meal promosi dengan Hungry Jack’s September-October 2005 Program dan rangkaian seluruh negara Baby Snoopy Berdasarkan fakta di atas, saya melihat stroke evergreen kartun Snoopy telah berjaya memasuki pasaran dunia. Saya tertarik dengan tulisan Sifu PTS (penulis blog ) Universiti Terbuka PTS berkenaan dengan entri beliau Novel dan Komik Evergreen serta Harta Intelek. Saya juga menerima email beliau meminta saya menulis tentang stroke evergreen. Beliau sangat berkeyakinan stroke evergreen seperti yang dihasilkan oleh Datuk Lat dapat dijadikan sumber inspirasi bagi pekomik-pekomik generasi baru. Saranan Sifu PTS ialah supaya pekomik menggunakan Harta Intelek untuk membuat duit sebanyak mungkin. Adakah kemungkinan kita mencapai taraf yang sama seperti PEANUTS, DORAEMON, MICKEY MOUSE, DONALD DUCK, TARZAN dll yang mana pencipta karekter tersebut mengumpul harta intelek yang diwarisi oleh pewaris-pewaris mereka? (bersambung lagi...)
Posted by Kalamtimur at 1/31/2006 10:47:00 PM 2 comments:

Thursday, January 26, 2006

Bicara Komix: Dari Akhbar ke Majalah

Majalah Bambino pertama kali terbit ketika saya masih di Tingkatan 4 dengan tandaharga 60 senaskah. Saya mula melihat majalah kanak-kanak ini ketika berulang alik ke kedai buku Ustaz Pak Hitam. Saiz majalah ini ketika itu sama saiznya dengan komik kartun Beano dan Dandy yang diimport dari UK. Saya masih ingat isu pertama majalah itu menggunakan khidmat pelukis Rosdin. Antara penyumbang komik dan kartun di dalam majalah kanak-kanak yang berorientasikan pendidikan ialah ialah Razali MHO, Rosdin, JunHairi, Othman Haji Zainuddin. Watak Bambino dihasilkan oleh Rosdin, begitu juga watak Rina amat berkesan sekali dihati pembaca ketika itu. Kulisan Rosdin amat dinenali dengan teknik cat air yang dicampur dengan media lain seperti pensel warna dan dakwat. Bentuk kerawang ukiran Melayu sebagai trademark beliau dijadikan background karya beliau. Kartun yang membuat saya ketawa terbahak-bahak ialah yang berjudul Spy Leman, saya telah melupai nama pelukis asal kartun ini. Kalau tidak silap saya pekatun itu menggunakan nama Rashalea. Dan kalau saya silap tidak juga, saya pernah terpandang dan terbaca judul yang sama. Kartun ini dilukis oleh Taugeh dengan senario yang berlainan. Bambino selepas isu ke 4, mendapat pelukis muda dan berwibawa. Namanya pernah saya sebut dalam entri-entri yang lalu. Tidak lain tidak bukan, ialah Suhaimee Salleh yang ketika itu pelajar jurusan Kajian Seni Lukis dengan ITM. Stroke nya sangat kemas dan detail berjaya menambat hati pembaca. Karyanya yang masterpiece ialah Anak Raja Gondang yang diangkat dari cerita rakyat. Kemudian lahir pula RINA sebuah majalah komik yang berorientasikan remaja. Suhaime menjadi pelukis tetap dengan siri Rina dan Seri Mega yang bercorak fantasi memang mengasyikkan. Ketika adik beliau belajar dikelas saya setelah dibenarkan mengulang mengambil MCE. Cerita Rina dilukis selalu bertukar pelukis dari Suhaime ke Azman Yusof dan akhir sekali ke Nik Nordin. Suhaime Salleh meninggalkan Suarasa dengan menubuhkan Penerbitan Anggerik untuk menerbitkan Sri Mega. Adiknya pula selalu menunjukkan komik yang diterbitkan oleh Syarikat Suarasa itu kepada saya. Nik Nordin kemudian meneruskan melukis watak Bambino yang ditinggalkan oleh Rosdin. Ketika diTingkatan 6, saya bernasib baik membaca secara percuma majalah berorientasikan Medan Pelajar yang diterbitkan Suarasa. Adik Fatah Ngah iaitu A. Manan membawa majalah itu ke bilik saya di asrama. Saya menukarkan komik yang saya lukis yang tidak seberapa kepadanya. Adik kepada Bambino Anak Rusa Nani lahir dengan beberapa keluaran sahaja. Medan Pelajar, Bambino dan Rina berkubur setelah Suarasa berpecah. Lahir pula majalah Salina dan Bujal. Ha Hu Hum berbentuk lawak pun turut lahir. Rejabhad, Rossem dan kartunis-kartunis adalah pedokong-pedokong Ha Hu Hum. S.Zain pula menerbitkan majalah kartun Jenakarama. Penerbitan majalah kartun seperti itu barangkali untuk mengimbangi Beano dan Dandy. MAD sudah lama berada dipasaran. Gelombang baru lawak ala MAD pun bermula dengan penerbitan majalah Gila-Gila dan Gelihati. Nama-nama pedokong kedua majalah lawak ini telah saya sebut di awal entri saya. Maaaflah, kalau pembaca merasa tulisan saya berulang-ulang cerita yang sama. Nan telah memulakan karier sebagai kartunis dan ilustrator dengan majalah KANCIL yang dikendalikan oleh Ignatius Dev Anand. Selepas KANCIL berkubur, barulah dia bersama dengan Gila-Gila.
Posted by Kalamtimur at 1/26/2006 05:46:00 AM No comments:

Wednesday, January 25, 2006

Bicara Komix: Nostalgia Komik dalam Suratkhabar

Menyingkap balik zaman tahun 70an dulu sekitar, kesempatan untuk membaca komik ketika itu cukup nostalgik sekali. Barangkali ramai di antara mereka yang pernah melalui saat ini. Masih mengenang komik-komik yang dihasil oleh penggiat komik era 70an. Ketika kanak-kanak saya hanya berkesempatan membaca komik-komik secara percuma dikedai-kedai buku. Tuan punya kedai buku nampaknya pada masa itu tidak begitu menghiraukan kalau saya membacanya secara percuma. Saya sanggup berulang-ulang pergi ke kedai itu setiap minggu hanya untuk membaca komik walaupun ditengah hari. Kadang-kadang terpaksa menunggu ayah pulang dari pasar. Basikal tua saya pinjam untuk ke kedai yang terletak dekat dengan Kampus Mara di pekan Sura Gate. Kadang-kadan kawan saya ikut memboceng. Selepas membaca saya akan mengeluarkan wang syilling sebanyak 60 sen (yang kami kongsi separuh-separuh)untuk dibelikan surat khabar. Ketika itu terdapat dua buah syarikat surat khabar BH dan UM. Surat khabar yang kami beli seharusnya ada komik dan kartun di dalamnya. Kawan-kawan saya pula kegemarannya membaca tentang hiburan. Habis dibelek-beleknya UFF, URTV, Kisah Cinta satu persatu. Minggu depan datang lagi. Dari Satu kedai buku ke satu kedai buku. Di daerah kami hanya terdapat 3 buah kedai buku, satu dipunyai oleh Allahyarham Ustaz Pak Hitam. Yang dua lagi itu dipunyai oleh Taukeh Cina. Boleh dikatakan muka kami yang tidak malu ini cukup familiar. Kadang-kadangkala ada juga saya membeli pen meluis di kedai itu. Tidaklah taukeh itu terasa bengang sangan kami baca percuma. Bila menyebut surat khabar, tidak lupa saya kepada pelukis-pelukis yang pernah menghasilkan karya komik di dada akhbar, seperti Allahyarham Raja Hamzah yang ketika itu bekerja sebagai residen artis di BH. Beliau kadangkala menggunakan nama pena seperti Arham atau R.Hamzah. Strokenya amat bersih dengan garisan yang tebal. Kartunya yang cukup popular pada masa itu Keluarga Si Jambul. Beliau turut menghasilkan kartun dan komik ala Disney iaitu Sang Lamri. Kisah mengenai Musang yang cerdik dikalangan haiwan-haiwan dihutan. R.Hamzah dengan nama penanya Arham adalah seorang penggiat komik dan kartun bersama majalah terbitan Suarasa yang diasaskan bersama teman-temannya yang lain seperti Razali MHO, Mishar, Rosdin, Suhaime Salleh yang cukup popular dengan majalah RINA, BAMBINO dan SPEKTRA. Mishar pula ketika itu melukis kartun secara berkala dengan UM dengan melukis kartun setiap hari. Saya sudah tidak mengingati nama judul kartunnya yang mengelekkan dan sinis itu. Ketika itu, Dato' Lat pada masa yang sama muncul dengan kartunnya di BH dan NSTP. Pelukis komik yang masih melekat di ingati saya ialah Samudera Pewira yang melukis komik di BH dengan stroke yang tersendiri. Yang membauat saya ingat sampai sekarang belaiu suka menulis dialog dan kapsennya dengan menggunakan pembaris sebagai. Itulah trademarknya. Trademark itu cukup sinonim dengan pertugas-pertugas di Jabatan Pendaftaran atau ppolis yang yang membuat pendftaran surat lahir zaman itu. Kad pengenalan saya yang lama dahulu pun ada bekas tulisan tangan dengan menggunakan pembaris. Unik kan??? Zaman itu ramai pelukis-pelukis komik yang barangkali sudah menggantungkan pen dan menyimpan botol dakwat dan kertas lukisannya. Komik bersaiz format sekarang pun mulai menggantikan komik saiz biasa War Library yang diterbitkan oleh Sinaran Bros dan Penerbitan Solo di Singapura. Nama-nama sepeti Yuzal,Rossem, Allahyarham Rahim B. (pelakon bangsawan dan dramatis tanah air) Khuzae,Gopa, Pot JR, Kamil tertera di kulit luar komik terbitan Media Seni dan Toko Buku Asia. Sementara itu, komik dan kartun didominasikan oleh kumpulan Suarasa di akhbar-akhbar utama dan Utusan Pelajar. Utusan Pelajar yang terbit seminggu sekali dengan harga 50 sen cukup menghiburkan dengan komik persilatan(Marzuki dan Nik Nordin), cerita zaman perang dan sejarah(MOHAS dan Othman Hj. Zainuddin) , cerita penyiasatan ala James Bond (Razali MHO)dan cerita fiksyen sains (Mishar). Dewan Pelajar ketika itu ramai pelukis-pelukis komik dan produk Mara tidak kurang hebatnya dengan karya Othman Hj. Zainuddin, Mazlan Noor dan Dato' Lat sendiri. Mingguan Malaysia pernah menyiarkan komik warna/hitam putih dari Jaafar Taib, Nik Nordin, Tarzidi dan lain-lain. Manakala Berita Harian dengan komik-komik dari Jimi (Jimmy Kong), R. Hamzah dan lain-lain lagi.
Posted by Kalamtimur at 1/25/2006 05:08:00 AM No comments:

Sunday, January 22, 2006

Bicara Komix: Merealisasikan Impian Generasi Baru Komik Malaysia

Kelmarin sudah selesai satu Bengkel Storyboard dan Hakcipta Komik Malaysia yang julung-julung kali di adakan di ibu kota. Meskipun penulis tidak dapat menghadiri, penulis mengharapkan bengkel yang dikendalikan oleh PTS Millennia-Pergh ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada penggiat komik mengenai hak di atas karya mereka. Syabas diucapkan kepada pihak PTS dan pengendali-pengendali slot bengkel tersebut. Apa-apa pun, selepas bengkel ini penggiat-penggiat komik boleh bernafas lega setelah mendengar penerangan yang cukup jelas dari pengendali-pengendali bengkel tersebut. Penulis sentiasa mengikuti perkembangan dari jauh dan seringkali menjenguk ke alam siber untuk mendapat info dari kawan-kawan. Saudara Jonos yang kerap melawat blog saya sering memyuarakan dikotak teriakan saya. Saudara Waverider pun sering bertanyakan berita mengenai perkembangan komik di sini. Semalam baru bersembang dengan Waverider. Sembang mencakupi kehidupan dan komik yang berkotak-kotak yang dikumpulnya. Semalam dia memberitahu hendak berpindah rumah dan dia menawarkan untuk mengirimkan komik-komik US yang dikumpulnya. Kalau dia mengeposkan komik-komik itu ke sini, alamatnya banyaklah dia terpaksa mengeluarkan wang pos dan kiriman. Pertama kali membuat panggilan kepada Saudara Panaharjuna sebaik sahaja menerima pesanan ringkas dari beliau. Panggilan di sambut dengan nada ceria dari seorang sahabat Pergh yang tidak pernah saya bersua. Saya pun cukup gembira berbual dengannya mengenai dunia penulisan dan komik. Terus terang saya mengkagumi tulisan beliau. Pantaslah kalau Puan Ainon mengamanahkan beliau membimbing penulis-penulis muda dari Kelab Penulis PTS. Sejak mula persekolahan ini, masa jadual agak ketat dan sedikit kenkangan untuk saya mengemaskini skrip. Saya banyak berterima kasih kepada Saudara Kromosom dan Saudara MF Ajif Alyridura kerana banyak membantu saya dalam projek PA itu. Dalam kesibukan mereka dengan tugas harian di tempat kerja, mereka sempat menjenguk ke pergh dot com memberikan tutorial dan tips. Sekarang ini sangat mudah untuk berhubung, tidak macam zaman 'kami' dahulu.
Posted by Kalamtimur at 1/22/2006 09:34:00 PM No comments:

Sunday, January 08, 2006

Siapa hendak menjadi pelukis komik?

Melukis komik adalah suatu anugerah Allah s.w.t. kepada insan seni yang dinamakan pelukis komik. Kalau di sebelah barat di panggil “comic artist”, manakala di Jepun “mangaka” sementara di Korea pula mahua. Ada yang tersilap dengan panggilan cartoonist dengan comic artist.  Kartunis adalah mereka yang melakar  sketsa cerita bergambar dalam bentuk yang lebih lucu samada babaknya bersambung (sequencing events ) atau dalam bentuk loose. Manakala comic artist atau pelukis komik umumnya melakar dan melukis karekter-karekter mereka dengan lebih dinamik dari pelbagai sudut perspektif.

Pelukis komik adalah penulis senario atau jalan cerita, jurufoto, pengarah lakun layar, jurutera bunyi (menghasilkan efek bunyi)dalam filemnya di atas kertas. Pelukis komik juga adalah penerbit eksekutif , pengarah tatahias (layout) dan pengarah dialognya. Kerja-kerjanya dilakukan di atas bahunya sendiri. Amalan kerja berpasukan diamalkan dikalangan penerbit komik US, Hong Kong dan Taiwan. Penulis komik hanya menyediakan skrip komik, manakala pelukis komik (penciller) bertanggungjawab memindahkan visual di atas kertas. Manakala inker yang terdiri lebih dari seorang bertanggungjawab menyiapkan kerja-kerja meng"inking" lakaran pensel tersebut. Setengah-setengah produksi komik Hong Kong pula menggajikan pembantu pelukis untuk membuat latar belakang serta garisan-garisan efek. Nampak macam senang jadi pelukis komik di sana. Justeru itu kita dapati komik-komik US, Hong Kong dan Taiwan begitu produktif. Di sana kita mengenali raja komik Hong Kong yakni Tony Wong, Ma Wing Sing, Yap Min Fatt, Wan Yat Leung, Andy Sato dan ramai lagi Ada pelukis komik tempatan pun menimba pengalaman dengan menjadi pembantu komik di sana. Siapa mereka, penulis menyarankan supaya pembaca komik tempatan menyelidik dan mencari di mana-mana sumber. Manakala di Jepun dan Korea pula, kebanyakkannya dihasilkan secara solo. Malah ada di antara pelukis-pelukis komik ini pula mendapat kontrak daripada penggeluar permainan. Kantung mereka bertambah kembung dengan membuat kerja-kerja freelancing dengan syarikat pengeluar games. Lumayankan?

(…nanti sambung lagi)

Posted by Kalamtimur at 1/08/2006 12:18:00 AM No comments:

Tuesday, January 03, 2006

Pelukis Komik dan Illustrator Dikehendaki

Pelukis Komik Dikehendaki

Adakah saudara pelukis komik?

PTS FORTUNA mencari pelukis komik bagi menerbitkan edisi komik tiga buah novel pahlawan Islam iaitu Tariq bin Ziyad, Khalid al Walid dan Salahuddin Ayubi.

Komik-komik itu disasarkan kepada remaja lelaki. Sesuai dengan citasa remaja lelaki, komik-komik itu nanti banyak menampilkan babak-babak perang.

Storyboardnya sedang mula disediakan.

Saudara perlu melukis wajah-wajah orang Arab, Iran, Sepanyol, Kristian Rumawi, aksi perang berkuda dan latar belakang pandangan alam Sepanyol, Iraq, Iran dan Jerusalem.

Projek ini memberi peluang nama saudara dicetak pada kulit buku. Saudara akan berkongsi hakcipta dan royalti dengan penulis karya asal dan penulis storyboard.


Ainon Mohd. 3:21 AM


Menjelang tahun 2006, barangkali rezeki pelukis-pelukis komik berbakat dikalangan anda mengetuk-getuk pintu. Cuma perlu keberanian dan kesabaran, jadi tidaklah menjadi kesalahan bagi anda hendak mencuba nasib. Pintu PTS Millennea dan PTS Fortuna sedang dibuka luas untuk mereka menjadi pelukis komik, ilustrator hiasan kulit buku dan sebagainya. Anda boleh melakukannya secara freelance atau part time. Sekiranya berminat sila melawat blogspot Universiti Terbuka PTS atau laman web  PTS Millinnea
Posted by Kalamtimur at 1/03/2006 01:29:00 AM No comments:

Sunday, January 01, 2006

Mukadimmah

Assalamulaikum wbt. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat datang kepada teman-teman bloggers dan terutama peminat dan penggiat komik tanah air. Ucapan terima kasih tidak sehingga kepada teman-teman yang menyokong blog Perkasa Alam.
Masih memerlukan sokongan serta sumbangan dari teman-teman berupa artikel, pandangan dan persepsi. Sumbangan anda boleh dikirim melalui email yang tertera di footer blog ini. Artikel serta ilustrasi yang tertera di blog ini adalah pemilik penyumbang. Sekian, terima kasih.
Posted by Kalamtimur at 1/01/2006 12:10:00 AM No comments:

Saturday, December 31, 2005

BICARA KOMIX: MEREALISASIKAN SEBUAH FANTASI

BICARA KOMIX: MEREALISASIKAN SEBUAH FANTASI BAHAGIAN KETIGA: Dalam keluaran yang lepas, penulis telah menyentuh beberapa komik-komik yang dihasilkan oleh beberapa nama besar dalam tahun-tahun 70an dan 80an Kemunculan majalah humor Gila-Gila mengganti MAD tidak dinafikan telah mengalih pandangan dan arah pelukis-pelukis komik serious kepada yang lawak jenaka. Jaafar Taib, Azman Yusoff, Mishar dan Zainal Buang Hussein telah menubuhkan syarikat penerbitan Creative Enterprise setelah SUARASA tidak seaktif seperti sebelumnya.
Jaafar Taib cukup sinonim dengan sketsa Kalau nya, sebuah hasil karya lawak tanpa dialog. Pembaca tentu sekali masih ingat lakaran beliau yang bersahaja. Penulis kalau tidak lupa, Gila-Gila keluaran pertama diterbitkan dalm tahun 1978 (ketika itu penulis masih mengganggur). Hiasan kulit diilustrasikan oleh Zainal Buang Hussein. Azman Yusoff pula menghasilkan Lipat-lipat yang diletakkan dibelakang kulit. Memang sekali imbas dilihat, majalah tersebut seperti majalah MAD dengan rupa bentuk maskheadnya, siri KALAU dan Lipat-Lipat. Don pula menghasilkan komik karikatur berdasarkan filem-filem Melayu yang ditayangkan dalam pembikinan waktu itu seperti yang dilakukan oleh majalah MAD. Zainal Osman (Nan) yang terkenal dengan komik stripnya di Utusan Malaysia, Din Teksi pula menghasilkan kartun Ayop Anak Tulakang. Kartun tersebut berkisah seorang usahawan cekodok di kota yang berjaya menjadi usahawan yang multi-billionaire.
Pada peringkat awal Gila-gila ada persaingan yang serupa dikalangan pelukis-pelukis dan kartunis-kartunis seperti Kartekana, Mojo, Nin, Poe, Nawiah Kassim, Yusof Osman (YO), Dinie Jurie, Namron tetapi Gelihati tidak bertahan lama. Penerbitnya lebih menumpukan kepada majalah-majalah komersil, akademik serta hiburan. Bukan sekadar fantasi tetapi dalam dilema mengejar realiti, karyawan-karyawan dahulu telah menyahut seruan kerajaan untuk menaikkan taraf orang-orang Melayu dalam dunia perniagaan. Apa yang digambarkan dalam majalah GG mempunyai mesej yang tersendiri. Tersurat dan tersirat. Allahyarham Rejabhad, bekas seorang tentera RAMD tyang pernah berkhidmat di Congo dengan PBB dimartabatkan sebagai Penghulu GG dan sekaligus Raja Kartun Malaysia, begitu banyak jasanya. Beliau telah ramai mendidik kartunis-kartunis melalui Senyum Skot dan Mekar di GG. Salah seorangnya ialah Cabai, Whitesnake, Ajin (Blackrose), Ujang, Kulat, Ambo, Alifstyle (sekadar menyebut beberapa nama sahaja).
Majalah GG cukup terkenal sehingga pejabat Creative Enterprise setiap musim cuti sekolah dan pusat pengajian tinggi seringkali dikunjungi oleh rombongan dari sekolah dari ceruk-ceruk desa dan bandar. Creative Enterprise membuka pintunya kepada pelawat-pelawat untuk melihat kartunis-kartunis berkerja. Dengan itu peminat-peminat mudah mengenali kartunis-kartunis yang menjadi idola mereka seperti Don, Long, Tarzidi, Ujang, Aloy, Cabai (satu-satunya artis wanita ketika itu), Kulat dan ramai lagi. Gila-gila bukan sahaja berjaya menarik perhatian kaum muda, malah berjaya memikat pembaca yang mempunyai akademik tinggi. Artikel-artikel yang serious walaupun dalam bentuk satira disumbangkan oleh Datuk A. Samad Ismail, Malungun, Prof. Khoo Kay Kim dan lain-lain lagi.
Pada masa yang sama, Creative Enterprise sebagai penerbit komik ulung ketika itu, menerbitkan majalah komik FANTASI. Tidak kerterlaluan jika dikatakan, penerbitan FANTASI ialah untuk memberi peluang kepada ramai pelukis yang agak serious dalam menghasilkan karya bertaraf dunia. Hasilkarya graduan lepasan ITM dan pusat pengajian tinggi ditonjolkan dalam majalah ini meliputi dari komik, teknik airbrush, warna air, minyak, akrilik, seni arca dan termasuk seni hiasan dalaman. Mereka diberi penghormatan yang sewajarnya oleh pihak penebit. Pelukis-pelukis komik yang cukup terkenal di majalah FANTASI ialah Azman Yusoff, Mohas, Jelani Abu Hassan, Ahmad Kamil, Nizam Bachok, Johari Ramli (Pot Jr), Shah, Weman, Jimmy Kong manakala penulis-penulis terdiri dari Adi Al Hadi, Elias Hj. Zaidi dan Muliyadi Mahamod. Ramai kartunis pernah duduk dibawah bumbung GG dan ramai juga yang membawa haluan masing-masing. Entahlah kenapa, mungkin keadaan pada masa itu mengizinkan mereka membawa haluan masing-masing. Ada yang menubuhkan syarikat sendiri dengan menerbitkan majalah-majalah humor. Persaingan yang sihat, justeru itu lahirnya majalah-majalah humor seperti Batu Api, Mat Jenin, Cabai , Ujang dan lain-lain. Pelukis.kaertunis dan penulis berbakat besar Ujang sendiri ramai mendidik kartunis dibawah syarikat penerbitannya ketika itu, majalah Ujang. Antaranya ialah Aie (yang cukup terkenal dengan Abe dan Blues Untukmu) Duku, Nik, Sukun dan ramai lagi serta diperkuatkan dengan kemasukan Gayour (Gelihati) dalam syarikat tersebut.
Di era tahun 90an, begitu banyak majalah kartun sehingga penulis hendak mencari waima sebuah komik serious pon agak sukar. Majalah RILEKS terbitan Tatsun yang cukup popular dengan komik Lagenda 2000 telah berjaya menambat hati setengah pembaca setelah FANTASI menyepi. Walaupun begitu, RILEKS tidak dapat bertahan lama, penulis kurang arif mengapa RILEKS tidak dapat mempertahankan popularitinya. Barangkali dengan faktor persaingan majalah-majalah humor seperti Lanun, Ujang, APO? atau disebaliknya. Tidak lama selepas itu GEMPAK dari Art Square Creation (Mei 1998) dan UrbanComics dari Urban Revolution pula menjadi trendsetter.
GEMPAK lebih mirip kepada komik lawak ala anime dan Urbancomics lebih kepada komik serious. Penerbitan kedua-dua majalah komik ini memberi satu impak kepada penerbitan komik tanah air. Lahirlah pelukis-pelukis komik dan kartun alaf baru seperti Apoh, Taufan Pesaka, Fakhroul Anour, Kenny, Kaoru, Aimo (Gempak). Azhar, Adijin, Milx, Aim, Kromosom, Joker IX, White, Use Rizal, Zul Fadli, Zul Lee, Mafia, Peenut (Urbancomics) dan ramai lagi. Pada masa yang sama komik-komik seperti Kluangman, Blues Untuk Mu, AIE (Alternatif Indie Entertainment), ROCK, TNT, Chatterz menghasilkan ramai pelukis berbakat seperti Toyon, Tembakau, Aie, MF Ajif, Jackall (penulis tidak berapa ingat nama-nama pelukis dan komik-komik lain, dengan maaf).
Penerbit-penerbit di atas, tidak lupa juga mengadakan pertandingan dan kelas tutorial melukis komik untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baru. Hasinya lahirlah buku-buku koleksi Bakat Baru Komik Malaysia 2002 dan 2003 yang diterbitkan oleh Gempakstarz. Dalam mencari tempat untuk berkarya, pengiat-pengiat muda bukan sahaja dapat menyertai pertandingan dan menghantar karya sekali gus malah mereka boleh menjalinkan diskusi melalui forum-forum yang diadakan di website seperti di http://www.pergh.com/forum/, http://www.sifoo.com/, http://www.deviantart.com/ dan www.urbancomics.com Malah ramai pelukis bebas yang telah beriniasiatif menghasilkan website mereka sendiri untuk mempromosikan hasil karya mereka.
Penerbit komik bebas alternatif UMBRA telah memberi laluan kepada pelukis-pelukis amatur seperti Nurie, Alifstyle, Invictus, Mafia, Iki, Kimball, Odows, Ard-One, Axeral, Petrakus3D dan ramai lagi yang akan muncul. Pergh.com telah begitu besar jasanya, syabas kepada foundernya saudara Mysticmind, co-founder Agent, administrator Azarimy (UK), moderator-moderator Bootargh, Alyridura (pelukis komik ROCK), Ubdertaker, Petrakus3D, Rio dan rakan-rakan sealiran seperti Madstone, Waverider (Mesir), Hairi (Mesir/PTS Millennea One), Adzakael (Australia), Keribang (Sarawak), Icesoul, Alifstyle, Izam, Odows, Kimball, Zedd, Invictus, Gemuruh, Mikestation, Star, Thirtynine, Takara, Tarakucha, Ensalim, Buckshot, Leydi, Angel, Farah, Kiyaa, Jaymanjohn, Chulanmuiz dan penulis-penulis seperti Panaharjuna, Matrush, Madhatter, Ruby dan lain-lain yang tidak disebut. Semoga idea-idea dan hasil diskusi anda sekalian akan mencetus realiti. Biarpun di mana berada, namun satu arah dan satu tujuan. Gathering yang sekejap dikalangan warga pergh pada 31 Ogos di KLCC yang lalu juga menampakkan perkembangan yang sihat apabila ada dikalangan mereka ini mengeluarkan zine-zine mereka sendiri. Maxima Zine, CARGAS, Synthesizer, Core Peeps dan Fusion bakal meledak dipasaran terbuka sekiranya pembaca diluar sana berminat untuk mendapatkannya. Mato-mato, Fantasia, E-zine dan majalah mainstream yang lain sedang berada di pasaran bersaing secara sihat. SOKONGLAH KOMIK MALAYSIA. Wallah’hualam. Ubdertaker - Kuala Lumpur / Kalam Timur- Kuala Terengganu http://www.umbracomix.com/forum/ 3 September 2004
Posted by Kalamtimur at 12/31/2005 02:52:00 PM No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

My photo
Kalamtimur
Nothing but comics
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2008 (2)
    • ▼  December (1)
      • BICARA KOMIK: MELABUH TIRAI
    • ►  November (1)
  • ►  2007 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2006 (16)
    • ►  October (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (7)
  • ►  2005 (2)
    • ►  December (2)
Design by: FinalSense